CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Kelantan] Polis buru penyamun bertopeng

[Copy link]
Post time 6-4-2022 04:39 PM | Show all posts |Read mode

KESAN darah mangsa di ruang tamu dan kesan umpil pada tingkap. FOTO Ihsan Pembaca

Tumpat: Polis memburu seorang lelaki bertopeng yang melakukan jenayah samun sehingga mendatangkan kecederaan di Kampung Laut 3, di sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, lelaki yang dianggarkan berusia 20 hingga 30-an itu bertindak memecah sebuah rumah pada jam 4.45 pagi sebelum disedari pemiliknya.

"Pemilik rumah berusia 51 tahun bangun dari tidur dan menuju ke ruang tamu sebelum ternampak suspek yang memakai topeng dan memegang pisau.

"Suspek mengarahkan mangsa membuka pintu untuknya keluar dan semasa dihampiri, suspek mengacukan pisau menyebabkan mangsa bertindak mengambil kerusi kayu untuk mempertahankan diri serta memukul suspek.

"Berlaku pergelutan antara kedua mereka dan suspek terus melarikan diri keluar melalui pintu belakang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Azmir berkata, pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan umpil di tingkap rumah dan dipercayai suspek memasuki rumah itu, melaluinya.

Menurutnya lagi, mangsa mengalami kecederaan di tiga jari kiri tangan dan dibawa ke Hospital Tumpat sebelum menerima 10 jahitan.

"Pihak kami sedang mengesan suspek dan mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan samun dengan niat mendatangkan kecederaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -penyamun-bertopeng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.072608 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list