View: 293|Reply: 0
|
[Kelantan]
Wang RM15,000 milik juruwang lesap sekelip mata
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Jurujual wanita mengalami kerugian RM15,000 selepas ditipu kononnya mempunyai tunggakan cukai pendapatan selain terbabit dengan pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.
Mangsa berusia 30 tahun sebelum itu menerima panggilan daripada lelaki yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 11 pagi kelmarin.
Suspek memaklumkan wanita itu mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM52,000 tetapi dinafikan mangsa yang kemudian diarah membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, talian mangsa kemudian disambung kepada seorang lelaki kononnya anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
"Mangsa dimaklumkan terbabit dengan pengubahan wang haram dan pengedaran dadah selepas semakan dibuat sebelum talian disambung pula kepada lelaki kononya pegawai polis dari Bukit Aman.
"Pegawai itu mendakwa mangsa melakukan kesalahan besar dan perlu mendapatkan bantuan daripada pegawai polis berpangkat Datuk sebelum panggilan disambung.
"Lelaki yang menyamar sebagai Datuk itu memberi pilihan sama ada waran tangkap dikeluarkan atau mangsa membuat semakan akaun kerana didakwa menerima rasuah dan wang hasil kegiatan jenayah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mohd Wazir berkata, mangsa yang ketakutan diminta pergi ke bank di Tanah Merah untuk memohon perbankan internet bagi memudahkan membuat semakan.
"Sebaik mengisi segala maklumat, mangsa diminta menunggu 15 minit dan suspek memaklumkan akan menghubungi semula.
"Mangsa berasa curiga dan membuat semakan sebelum mendapati wang dalam akaunnya sebanyak RM15,000 hilang," katanya.
Menurutnya, mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah dan polis sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lesap-sekelip-mata |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|