View: 409|Reply: 0
|
Real waspada kebangkitan Chelsea
[Copy link]
|
|
Real waspada kebangkitan Chelsea
Karim Benzema (kiri) menjaringkan hatrik ketika menentang Chelsea pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara minggu lalu.
MADRID: Carlo Ancelotti berkata Real Madrid tidak akan memandang rendah Chelsea pada perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara dan menolak dakwaan Thomas Tuchel bahawa pertembungan itu sudah berakhir.
Selepas kemenangan 3-1 berdepan juara bertahan itu di Stamford Bridge minggu lalu, Tuchel yang berang berkata "tidak, bukan pada saat ini" apabila ditanya jika aksi itu masih boleh diteruskan walaupun pengendali dari Jerman itu lebih optimistik semalam.
Namun, Ancelotti menegaskan Real tidak akan memandang mudah aksi di Santiago Bernabeu awal pagi esok berdepan bekas kelabnya ketika mereka cuba menamatkan tugasan dan mara ke separuh akhir.
"Chelsea di sini untuk bertarung dengan kami. Sudah tentu ia akan menjadi sukar buat mereka tetapi mereka akan mencuba. Pasukan yang bagus tidak pernah putus asa," kata Ancelotti dalam sidang akhbar.
Chelsea memberikan jawapan sempurna hujung minggu lalu dengan membelasah Southampton 6-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan mungkin boleh mendapat suntikan daripada Barcelona yang membenam Real 4-0, tiga minggu lalu.
"Saya sangat tahu pemain saya," kata Ancelotti.
"Mereka sedar apa yang berlaku beberapa minggu lalu (berdepan Barca) dan apa dimahukan esok. Kami tidak akan memandang rendah sesiapa.
"Ini adalah peluang yang hebat untuk mara ke separuh akhir tetapi Chelsea adalah pasukan yang bagus. Kami perlu menghormati mereka.
"Hanya itu cara kami boleh bersedia menghadapi perlawanan ini, memikirkan bahawa Chelsea akan menjadi lebih bagus dan bersedia. Tiada cara lain. Kami sudah bersedia. Kami sedar perlu menderita dan kami bersedia untuk menderita," kata Ancelotti.
Pemain tengah Real Madrid, Casemiro berkata dia merasakan mereka sudah memberikan "90 minit aksi terbaik sepanjang musim" berdepan Chelsea pada pusingan pertama.
"Tapi kami tidak boleh terlalu yakin," katanya. - AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... kebangkitan-chelsea
|
|
|
|
|
|
|
| |
|