CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Sarawak] Muzium Budaya Borneo terima 61,938 pengunjung hanya dalam tempoh sebulan

[Copy link]
Post time 12-4-2022 12:15 PM | Show all posts |Read mode


Ting (tengah) Abang Abdul Karim (kiri) dan Hii semasa Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pelancongan Sarawak.

KUCHING: Muzium Budaya Borneo menerima 61,938 pengunjung sejak ia mula dibuka kepada orang ramai pada 9 Mac lalu.

Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Sebastian Ting berkata, kebanyakan yang datang melawat muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara itu adalah pengunjung tempatan.

"Muzium Budaya Borneo dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 4 Mac lalu dan mula dibuka kepada orang ramai pada 9 Mac.

"Setakat hari ini (11 April 2022) jumlah pengunjung yang mengunjungi muzium ini ialah 61,938, hanya dalam tempoh sebulan dan majoriti mereka adalah pelancong tempatan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pelancongan Sarawak di sebuah hotel di sini hari ini.

Ting percaya kedatangan pengunjung dalam kalangan pelancong antarabangsa ke Muzium Budaya Borneo akan meningkat berikutan pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April lalu.

"Perincian pengunjung tempatan dan antarabangsa akan kita maklumkan minggu depan," ujarnya.

Sementara itu Ting percaya sasaran 1.2 juta kedatangan pelancong ke Sarawak tahun ini boleh dicapai dengan pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April lalu.

Menurutnya peningkatan ketara jumlah pelancong bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini iaitu 593.20 peratus kepada 229,678 berbanding tempoh sama 2021, petunjuk baik sasaran 1.2 juta dapat dicapai.

"Malah secara peribadi saya percaya jumlah pelancong datang ke Sarawak tahun ini boleh mencecah 1.5 juta, pertama dengan pembukaan semula sempadan negara setelah ditutup hampir dua tahun bagi membendung penularan COVID-19," katanya.

Beliau menambah, hasil daripada pelancongan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini turut menunjukkan peningkatan 569.25 peratus kepada RM517 juta berbanding tempoh sama tahun lepas.

Hadir sama pada sidang media itu, Pengerusi Sarawak Convention Bureau (SCB) Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Hii Chang Kee.


utusanborneo.com.my/2022/04/11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.252785 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list