View: 508|Reply: 0
|
[Johor]
Penjara Kluang kesan waris banduan meninggal dunia
[Copy link]
|
|
ISMAIL Atan.
Kluang: Jabatan Penjara Malaysia Kluang mengesan waris seorang banduan dikenali sebagai Ismail Atan yang meninggal dunia, Sabtu lalu.
Menurut kenyataan, Ismail meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini, pada 1.23 tengah hari.
"Mohon hebahan untuk mendapatkan waris banduan bernama Ismail Atan yang mempunyai nombor kad pengenalan 551221-01-6411.
"Si mati adalah warganegara Malaysia yang mempunyai alamat terakhir di TNB 10/2 Kampung Nelayan Bentang Laut, Jalan Abdul Rahman Parit Jawa, Muar, Johor.
"Si mati mempunyai waris iaitu kakak kandung yang dikenali sebagai Salmah Atan yang juga warganegara Malaysia.
"Si mati menerima hukuman penjara pada 3 Mac lalu dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai waris si mati diminta berhubung dengan Penjara Kluang di talian 07-7875200," katanya.
Katanya, pihaknya sudah menjejaki kakak kandung si mati di alamat tertera, namun tidak dapat mengesannya.
"Orang tempatan juga tidak mengenali penama berkenaan dan difahamkan alamat berkenaan juga tidak wujud.
"Oleh itu, kami memohon jasa baik pihak berkenaan tampil bagi proses pengurusan jenazah secepat mungkin," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uan-meninggal-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|