View: 467|Reply: 0
|
Modal BESAR JDT ni...Gol Forestieri, Bergson bernilai RM212,650
[Copy link]
|
|
Gol Forestieri, Bergson bernilai RM212,650
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjerit kepuasan selepas Harimau Selatan menjinakkan Ulsan Hyundai pada aksi Liga Juara-Juara Asia malam tadi.
KUALA LUMPUR: Jaringan Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva ketika membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) menundukkan Ulsan Hyundai 2-1, malam tadi membolehkan Harimau Selatan menambah AS$50,000 (RM212,650) lagi sebagai hadiah kemenangan buat Harimau Selatan.
Ia menyaksikan skuad kendalian Benjamin Mora kini mengumpul hadiah kemenangan sebanyak RM425,300 dalam dua perlawanan peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas turut menang dalam aksi pertama berdepan Guangzhou, Jumaat lalu.
Pasukan yang memenangi perlawanan di peringkat kumpulan saingan ACL akan menerima AS$50,000, manakala pasukan yang seri akan memperoleh AS$10,000 (RM42,530).
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan menentang Ulsan Hyundai di Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Harimau Selatan akan meneruskan saingan dalam Kumpulan I berdepan juara liga Jepun, Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis ini.
Selain itu, kemenangan JDT ke atas Ulsan Hyundai juga memberikan Malaysia tiga lagi mata di dalam ranking pertandingan kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Menurut kenyataan di Facebook, JOHOR Southern Tigers yang memetik sumber footyrankings.com, kemenangan itu membolehkan Malaysia naik satu anak tangga ke tempat ke-15.
Malaysia berada di tangga ke-21 sebelum dua kemenangan terbaru JDT.
Malaysia kekal di tangga ketujuh Asia Timur tetapi semakin menghampiri Thailand, Vietnam dan China sekali gus penyertaan lebih banyak kelab Malaysia dalam pertandingan AFC pada 2024 semakin hampir.
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva ketika menjaringkan gol kedua JDT pada aksi menentang Ulsan Hyundai FC pada Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
JDT menyumbang 14 daripada 14.45 mata yang diperoleh Malaysia sejak 2019.
Mata yang dikumpul oleh JDT pada tahun sebelum ini memastikan satu slot automatik ke ACL dan dua slot automatik ke Piala AFC untuk Malaysia pada 2022 dan 2023.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... n-bernilai-rm212650
|
|
|
|
|
|
|
| |
|