CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Kelantan] Sempat pamer 'wheelie' sebelum ditahan

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:09 PM | Show all posts |Read mode

DUA pelajar sekolah menengah ditahan polis selepas melakukan aksi 'wheelie' berakhir selepas mereka ditahan di Jalan Padang Kelupang – Wakaf Bata, pada petang, semalam. FOTO ihsan PDRM

Machang: Keseronokan dua pelajar menaiki motosikal sambil melakukan aksi 'wheelie' berakhir selepas mereka ditahan di Jalan Padang Kelupang-Wakaf Bata, semalam.

Penahanan mereka dibuat anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang yang menjalankan Op Samseng Jalanan pada 6 petang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, polis mengesan dua motosikal ditunggang dua pelajar dari Jalan Padang Kelupang menghala ke lampu isyarat Wakaf Bata dalam keadaan berbahaya.

Katanya, mereka berusia 15 dan 17 tahun melakukan aksi seperti bersaing antara satu sama lain sambil mengangkat tayar hadapan atau 'wheelie' yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Anggota polis kemudian mengekori dan mengecam kedua-dua suspek sebelum meminta mereka memberhentikan motosikal dalam keadaan selamat.

"Kedua-duanya yang ditahan bersama motosikal dibawa ke IPD Machang untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, saringan ujian air kencing mendapati suspek berusia 17 tahun positif methampethamine dan 14 saman atas kesalahan lalu lintas dikeluarkan terhadap mereka.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lie-sebelum-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035138 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list