CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Kelantan] Pasangan bawa mercun, bunga api, kena tahan

[Copy link]
Post time 26-4-2022 12:15 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA barangan yang dirampas daripada pasangan berkenaan. FOTO Ihsan PDRM

Pasir Mas: Tindakan suami isteri membawa bunga api dan mercun pelbagai jenis bernilai RM17,660 membawa padah apabila mereka ditahan polis di Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang, di sini, 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, ketika kejadian, anggota bertugas membuat rondaan sebelum terserempak sebuah Proton Saga dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahan kenderaan berkenaan.

Katanya, anggota kemudian membuat pemeriksaan di dalam kereta sebelum menemui sejumlah bungkusan yang mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api di bahagian tempat duduk penumpang serta but kereta.

"Hasil siasatan terhadap suami isteri berusia 38 dan 42 tahun ini mendapati, mereka tidak mempunyai lesen untuk membawa barangan berkenaan. Kesemua mercun serta bunga api dipercayai dibawa seludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

"Anggota kemudian menahan pasangan suami isteri terbabit, manakala kereta, mercun serta bunga api dirampas untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... unga-api-kena-tahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040715 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list