CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Pahang] KPDNHEP rampas jersi tiruan Sri Pahang

[Copy link]
Post time 27-4-2022 10:16 AM | Show all posts |Read mode

KPDNHEP Pahang menunjukkan jersi tiruan yang dirampas di Kuantan. FOTO ihsan KPDNHEP

Kuantan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang merampas 78 helai jersi pasukan bola sepak Sri Pahang FC tiruan bernilai RM3,000 di bazar Aidilfitri perkarangan Stadium Darul Makmur, di sini, semalam.

Serbuan dilakukan selepas menerima aduan daripada syarikat pemilik cap dagang Hakka mengenai penjualan jersi tiruan membabitkan pasukan terbabit.

Pengarah KPDNHEP Pahang Datuk Mark Ujin berkata, pihaknya membuat pemeriksaan Ops Pantau Ramadan ke beberapa premis di bazar Aidilfitri perkarangan Stadium Darul Makmur, di sini, yang turut disertai pengadu selepas menerima maklumat.

"Hasil pemeriksaan merampas 78 helai jersi Sri Pahang FC tiruan bernilai RM3,000 di dua premis di mana jersi tiruan dijual pada harga RM39 sehelai berbanding yang tulen RM170 sehelai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 102(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 kerana menjual atau menawarkan atau mendedahkan bagi jualan barang-barang yang cap dagangan dipakaikan dengan salah.

"Tindakan ini diharap menjadi pengajaran kepada peniaga supaya sentiasa mematuhi perundangan termasuk tidak menjual barangan tiruan pada masa akan datang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-tiruan-sri-pahang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.038905 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list