|
Post Last Edit by o1j2m3 at 15-9-2010 10:25
Ku beli tiket nak ke Bukit Jalil dari Kuantan ni. Tapi, di hantar ke Shah Alam tanpa sebab baru-baru ini dan DIPAKSA teksi RM35 ke tempat sepatutnya nak pergi ni. Harga tiket bas itu baru je 24.20... Ku di-buang di Shah Alam pukul 5am morning!!!
Ku buat aduan terus EMAIL, NO REPLY.
Ku buat panggilan .... apa cerita seterusnya???
Call centre kata : Apa tempat turun tiket itu?
Ku cakap : Perhentian Puduraya
Call centre kata : Oh, itu Bukit Jalil! Kenapa driver tak pergi?
Ku cakap : Tetapi kenapa saya dipaksa turun kat Shah Alam?
Call centre kata : Tunggu sekejap, operasi kata, bas itu memang tak pergi Bukit Jalil!
Ku cakap : Ku nak pergi ke Bukit Jalil, tiket tu kan kata pergi ke puduraya, common sense, tadi u juga cakap itu adalah bukit jalil.
Call centre kata : Ini bukan masalah kita, kaunter tak salah, driver pun tak salah, itu adalah salah pelanggan tak lihat notis.
Ku cakap : Kan semasa beli, ku dah beritahu nak ke Bukit Jalil
Call centre kata : Tak, kaunter dah beritahu tak pergi Bukit Jalil
Ku cakap : Begini la, tiket tu cerita pergi ke puduraya, bawa je ke puduraya
Call centre kata : Puduraya memang tak de, macam mana nak pergi? Itu bukan salah kita, u sepatutnya perlu baca notis.
Ku cakap : Tak kan setiap kali ku pergi ke TransXational beli tiket bas pun nak minta mereka CHOP and SIGN jika tidak jelas tempat turun tu? Di mana puduraya itu? Dulu puduraya punya tiket boleh sampai bukit jalil, sekarang tak boleh?
Call centre kata : itu bukan masalah kita, kita tidak ada apa-apa tanggungajawab, kalau u nak buat begitu buat la, mintalah chop and sign.
Ku cakap : ok lah, u yang kata ni.
http://www.ktb.com.my/knowingUs_ourMission.htm
We believe in customer satisfaction through quality products and excellent customer service
Terpaksalah, ku cakap, terlalu quality.... dan customer service memang EXCELLENT....
Apakata, jika tu yang terlibat adalah budak perempuan college? Tinggalnya di station shah alam? Apa masa tu? 5am morning!!! Sana tak sampaipun 10 orang, gelap belaka.~ |
|