View: 397|Reply: 0
|
Man City kembali ke puncak, Norwich tersingkir
[Copy link]
|
|
Man City kembali ke puncak, Norwich tersingkir
Rodri menanduk masuk gol pertama Manchester City ketika menentang Leeds United di Leeds, Britain. - EPA
LONDON: Manchester City mengekalkan kelebihan satu mata mengatasi Liverpool dalam Liga Perdana berbaki empat perlawanan apabila mengetepikan Leeds 4-0 awal pagi tadi sementara Norwich tersingkir selepas tewas 2-0 di tangan Aston Villa.
Sebelum itu, Liverpool naik ke tangga teratas liga menerusi kemenangan 1-0 di Newcastle hasil gol babak pertama Naby Keita.
Kedua-dua pencabar gelaran itu membuat lima perubahan dalam perlawanan berlangsung antara dua aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.
Bos City, Pep Guardiola tidak menggunakan Kevin De Bruyne ketika juara bertahan itu terus memburu kejuaraan.
Rodri menanduk masuk hantaran daripada sepakan percuma Phil Foden pada minit ke-13 bagi mengurangkan tekanan City.
Nathan Ake kemudian menyempurnakan hantaran Ruben Dias ketika pelawat sekali lagi meledak daripada sepakan bola mati awal babak kedua.
Gabriel Jesus meneruskan prestasi baiknya apabila mencetak gol 12 minit sebelum tamat yang kemudiannya ditamatkan Fernandinho pada penghujung aksi.
"Ia bukan kerana tekanan - ia mudah," kata Guardiola.
"Kami perlu menang semua perlawanan untuk bergelar juara. Jika tidak, Liverpool akan menjadi juara."
Sementara itu Norwich akan kembali ke Liga Kejuaraan selepas hanya semusim di liga utama selepas gol Ollie Watkins dan Danny Ings mengesahkan nasib pengurus, Dean Smith ketika kembali ke Villa Park.
"Saya kecewa dengan keputusan kami," kata kapten Canaries, Grant Hanley. "Ia mungkin adil, kami tidak cukup bagus musim ini." - AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... -norwich-tersingkir
|
|
|
|
|
|
|
| |
|