CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

Real Madrid julang mahkota ke-35 La Liga

[Copy link]
Post time 1-5-2022 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Real Madrid julang mahkota ke-35 La Liga


Pemain Real Madrid, menjulang jurulatih mereka, Carlo Ancelotti pada penamat aksi menentang Espanyol di Santiago Bernabeu dekat Madrid. - Foto AFP


MADRID: Real Madrid mengesahkan gelaran ke-35 La Liga awal pagi tadi menerusi kemenangan 4-0 di laman sendiri mengatasi Espanyol ketika Carlo Ancelotti menjadi jurulatih pertama menang semua lima liga utama Eropah.

Memerlukan hanya satu mata daripada lima perlawanan terakhir mereka, Madrid meledak dua kali menerusi Rodrygo pada babak pertama di Santiago Bernabeu sebelum gol Marco Asensio dan Karim Benzema melengkapkan kemenangan pasukan.

Madrid menjulang trofi di depan hampir 80,000 penyokong di stadium dan sambutan tradisi berterusan di Cibeles dekat ibu kota Sepanyol.

"Ia kali pertama saya menang gelaran di Bernabeu, suasananya sangat istimewa," kata Ancelotti kepada Movistar Plus.

"Jika saya menangis (selepas wisel penamat), ia kerana saya gembira."

Ancelotti kembali ke Madrid musim panas lalu untuk mengambil alih pasukan daripada Zinedine Zidane buat kali kedua selepas meninggal Everton.

Pengendali dari Itali itu juga menang Liga Perdana bersama Chelsea, Serie A bersama AC Milan, Ligue 1 bersama Paris Saint-Germain dan Bundesliga bersama Bayern Munich.

Selepas berada di kedudukan teratas sejak November, bukanlah kejutan Madrid menang liga didominasi mereka sejak berbulan lalu ditambah prestasi merudum Barcelona dan Sevilla.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... hkota-ke-35-la-liga

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.073364 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list