CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 437|Reply: 0

[Kelantan] 'Ayah hanya makan daun kayu, minum air lopak'

[Copy link]
Post time 26-5-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode

YAAKUB (tiga, kanan) ditemukan selamat pada jam 6.45 petang, hari ini selepas hilang tujuh hari. FOTO Ihsan Pembaca.

Jeli: "Alhamdulillah, ayah ditemui selamat selepas tujuh hari hilang di dusun. Ketika hilang, ayah hanya makan daun kayu dan minum air lopak," kata Mohd Sufian Yaakub, 49.

Yaakub Ismail, 76, hilang di dusun durian dan buah-buahan miliknya di Kampung Pasir Dusun, di sini sejak 19 Mei lalu dan ditemui di dalam pondok dusun penduduk kampung pada 6.45 petang hari ini.

Dia ditemui kira-kira empat kilometer dari lokasi terakhir.

Menurut Mohd Sufian, ayahnya kini dalam keadaan lemah namun mampu bercakap dan bercerita yang dia berjalan hingga akhirnya berteduh di pondok itu.

"Saya bersyukur ayah selamat dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Jeli berikutan keadaannya lemah.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pengamal perubatan tradisional dan penduduk kampung yang membantu mencari ayah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, ayahnya akan dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Masjid Berangan, dekat Tumpat selepas selesai rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli Superintendan Ahmad Ariffin berkata, mangsa ditemukan selamat di dalam pondok yang terletak di atas bukit oleh orang awam yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, ketika dijumpai, mangsa dalam keadaan sedar dan mampu bercakap.

"Warga emas itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa turun sebelum dihantar ke hospital.

"Mangsa memaklumkan sebelum hilang, dia keluar dari kebunnya untuk lihat anak pokok getah dan hilang arah disebabkan tidak tahu jalan kembali ke kebun," katanya.

Menurutnya, mangsa sedar yang dia hilang dan tidak makan selama tujuh hari.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ayu-minum-air-lopak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.054903 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list