CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 564|Reply: 1

[Kelantan] 'Rumah bergegar, sisa letupan sampai ke rumah'

[Copy link]
Post time 26-5-2022 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Tumpat: "Bunyi tembakan dan bom sangat kuat sehingga rumah saya bergegar. Malah, sisa bahan letupan akibat bom sampai ke rumah saya."

Demikian kata penduduk Kampung Tanjong, Shikin Khorie, 26, ketika menceritakan kejadian tembakan dan letupan bom yang berlaku di daerah Tak Bai, Thailand, malam tadi.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, ketika kejadian sekitar jam 9.35 (waktu Malaysia), dia dan ahli keluarga sedang berbual di ruang tamu sebelum dikejutkan bunyi tembakan.

"Pada mulanya kami menyangkakan bunyi mercun namun bunyi itu semakin kuat sebelum saya keluar melihat apa yang berlaku.

"Keadaan ketika itu sangat menakutkan kerana jarak rumah saya dengan lokasi kejadian sekitar 50 meter sahaja dan saya dapat melihat cahaya tembakan dan letupan bom.

"Bunyi tembakan berterusan sehingga lebih 30 minit dan ketika itu ramai penduduk kampung datang ke rumah untuk melihat apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Shikin berkata, akibat terlalu takut, dia dan suami mengambil tiga anaknya dan bergegas ke rumah bapanya di Kampung Kebun yang tidak jauh dari rumahnya.

"Ketika itu macam-macam saya fikir, saya takut peluru sampai ke rumah dan penjenayah itu datang menyerang ke arah rumah saya memandangkan jarak terlalu dekat," katanya.

Jirannya, Fatimah Wan Yusuff, 70, menyifatkan kejadian letupan bom dan tembakan itu seolah-olah berlaku di sebelah rumahnya kerana bunyi yang terlalu kuat selain rumah bergegar.

"Ini kejadian paling teruk sejak saya tinggal di sini kerana sebelum ini ada juga bunyi tembakan, namun kejadian agak jauh berbanding apa yang berlaku malam tadi.

"Selepas melihat api tembakan dan bunyi bom yang kuat, saya bersama anak serta cucu terus meninggalkan rumah dan pergi ke rumah anak di Kampung Geting," katanya.

Terdahulu, tinjauan di sekitar sempadan mendapati pasukan keselamatan Thailand membuat tinjauan di sepanjang Sungai Golok susulan insiden yang berlaku.

Difahamkan, peniaga di pekan Tak Bai juga tidak dibenarkan beroperasi hari ini sehingga pemeriksaan di lokasi berkenaan selesai dilakukan.

Dalam kejadian jam 9.35 malam tadi, satu kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di daerah Tak Bai yang dipercayai mensasarkan pihak berkuasa.

Berdasarkan beberapa video yang tular, ia memaparkan situasi tegang berlaku dengan dentuman bom dan tembakan bertalu-talu sehingga menimbulkan situasi huru-hara.



Salah sebuah rumah di Kampung Tanjung bergegar dengan sisa bahan letupan akibat bom dan letupan bom yang berlaku di daerah Tak Bai, Thailand, malam tadi. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-ke-rumah-metrotv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2022 03:32 PM | Show all posts
apa laa yg jd kt situ kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.033358 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list