View: 482|Reply: 0
|
[Terengganu]
Terengganu muktamad tidak sertai PAAB
[Copy link]
|
|
Penduduk Terengganu pernah menghadapi masalah gangguan bekalan air pada tahun lalu- GAMBAR HIASAN
KUALA TERENGGANU: Terengganu memuktamadkan untuk tidak menyertai perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendirian itu sudah dinyatakan kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pertemuan semalam.
AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Katanya, pintu rundingan kini ditutup dan tiada perbincangan lanjut akan dilakukan dengan PAAB buat masa ini.
“Keputusan muktamad dan saya sudah mengarahkan semua agensi kerajaan negeri supaya tidak berbincang apa-apa.
“Tetapi kalau PAAB mahu mencuba menghantar surat terpulang kepada mereka kerana kita tidak boleh menghalang pihak lain berkomunikasi dengan kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Jubli Emas Yayasan Terengganu di sini hari ini.
Terengganu merupakan satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak menyertai PAAB.
Semalam, Ahmad Samsuri menafikan hantaran seorang pemilik akaun Twitter kononnya perbincangan antara PAAB dan kerajaan negeri mengenai perjanjian penstrukturan semula bekalan air itu berjalan lancar.
Terdahulu, beliau mengakui PAAB sebelum ini mendekati kerajaan negeri bagi berbincang mengenai perjanjian itu. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -operasi-julai-ini/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|