CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Kelantan] Polis sahkan terima laporan kes pencerobohan balak di HSK Nenggiri

[Copy link]
Post time 12-6-2022 09:09 PM | Show all posts |Read mode


Polis sahkan terima laporan kes pencerobohan balak di HSK Nenggiri


Pencerobohan balak yang didakwa berlaku di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang. - ihsan Facebook Datuk Husam Musa

KOTA BHARU: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes pencerobohan balak yang didakwa berlaku di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata laporan polis itu dibuat oleh pengawas hutan.

"Saya sahkan terima laporan yang dibuat pegawas hutan pada 2 Jun lalu dan siasatan berhubung dakwaan berkenaan akan dibuat oleh Jabatan Perhutanan," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa, memuat naik salinan laporan polis yang dibuat oleh pegawas hutan pada 2 Jun, jam 1.22 pagi berhubung kejadian.

Menerusi laporan polis berkenaan, pengawas hutan terbabit sudah pergi ke kompartmen 25 dan 26 HSK Nenggiri untuk menjalankan risikan bagi mengesahkan aduan penebangan haram.

Hasil risikan mendapati terdapat kerja-kerja penebangan pokok dalam kawasan yang disyaki.

Susulan itu, Husam mencadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengadakan lawatan ke lokasi berkenaan bagi melihat kawasan terbabit.

"Menteri Besar Kelantan berada di Kampung Star, Nenggiri, Gua Musang pagi ini sempena majlis pecah tanah Empangan Hidroelektrik Nenggiri. Saya cadangkan Menteri Besar masuk sekejap ke lokasi kecurian balak di HSK Nenggiri, selepas selesai majlis pecah tanah.

"Alang-alang dah berada di sana, tunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap harta dan khazanah rakyat dan negeri Kelantan. Tiada pilih kasih dalam menegakkan undang-undang, sepatutnya.

"Cemarkan diri sekejap, masuk dan tinjau sendiri. Ada atau tidak kecurian balak besar-besaran di sana," katanya yang memuat naik status di Facebook.

Husam sebelum ini membuat beberapa pendedahan mendakwa berlaku pembalakan di beberapa kawasan termasuk kompartmen 26, 29 dan 41 di HSK Nenggiri.

Husam mendakwa, keluasan hutan simpan kekal yang diceroboh di kawasan terbabit seluas 80 hektar.




Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... lak-di-hsk-nenggiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.984968 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list