CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Terengganu] Kasih isteri tak pernah padam

[Copy link]
Post time 13-6-2022 11:00 AM | Show all posts |Read mode

RAJA Azreen ketika sihat bersama isterinya, Norshakilla (gambar kiri) dan keadaan Azreen ketika terlantar di wad hospital. FOTO ihsan Noorshakilla

Setiu: "Memang ada yang persoalkan kenapa saya bertahan dan setia dengan suami walaupun keadaannya begitu namun semua kerana sayang. Apa pun terjadi, biarlah kami susah senang bersama," kata Noorshakilla Hayati Mohd Sohak.

Noorshakilla, 28, yang menetap di Taman As'syakirin Kampung Saujana, di sini, saban hari menjaga dan menguruskan suaminya, Raja Azreen Raja Ariff, 27, yang lumpuh paras dada hingga ke bawah sejak lima tahun lalu.

Bukan hanya suami malah Noorshakilla kini ibarat ketua keluarga apabila perlu membesarkan anak tunggalnya, Raja Anas Mikhael yang kini berusia lima tahun.

Berikutan tanggungjawab digalas, Noorshakilla tidak dapat bekerja kerana suaminya memerlukan penjagaan rapi di rumah selain memikirkan anaknya masih kecil.

"Suami terbabit dalam kemalangan di Besut pada 2017 selepas kereta dipandunya dilanggar dari arah belakang.

"Insiden berlaku ketika saya hamil tiga bulan pada Ramadan, seingat saya 10 hari sebelum Aidilfitri.

"Akibat kemalangan itu, suami tidak sedarkan diri dan keesokan harinya terjaga namun sudah lumpuh," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Bercerita lanjut, Noorshakilla berkata, suaminya tidak boleh menguruskan diri menyebabkan dia perlu memberikan makanan dan minuman kepadanya.

Menurutnya, dia juga yang akan memandikan dan menguruskan segala keperluan suaminya.

"Di rumah hanya ada saya, suami dan juga anak. Jadi, saya yang akan suap suami ketika makan dan bantu dia gunakan straw untuk minum, kemudian bawa dia ke tandas waktu mandi juga buang air.

"Begitulah rutin saya setiap hari malah jika ada masa terluang, saya akan bawa suami keluar berjalan di sekitar rumah bagi mengambil angin.

"Mujurlah ada kerusi roda yang boleh membantu memudahkan pergerakan," katanya yang bergantung dengan elaun bulanan sebanyak RM350 sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, Raja Azreen menerima ujian dan ketentuan Allah terhadapnya.

"Tertekan dan sedih itu memang ada apabila keadaan diri tidak lagi sama seperti dahulu.

"Mana tidaknya setiap masa saya terlantar sahaja di katil namun apa boleh buat, sudah suratan hidup begini.

"Jadi saya terima saja dan bersyukur kerana isteri, anak juga keluarga sentiasa ada di sisi untuk beri sokongan," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada Raja Azreen menerusi akaun CIMB bernombor 7616629178.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ri-tak-pernah-padam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.039963 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list