CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 416|Reply: 0

[Terengganu] 'Abu, Ali teman saya'

[Copy link]
Post time 13-6-2022 12:12 PM | Show all posts |Read mode

WAN Nur Zahirah bersama kerbau albino kesayangannya, Ali dan Abu. FOTO Nazdy Harun

Marang: Bergelumang dengan dunia ternakan sejak kecil membuatkan remaja ini, tidak kekok memelihara dua kerbau albino yang diberi nama Abu dan Ali sejak dua tahun lalu.

Wan Nur Zahirah Wan Zunaidi, 18, atau lebih mesra dengan panggilan Along dari Kampung Padang Limau Nipis, di sini, berkata, dia mengambil masa lebih setahun untuk menjinakkan kerbau albino pemberian bapanya itu, Wan Zunaidi Wan Jaafar, 45.

"Kedua-dua kerbau 'pink' (albino) ini dibawa pulang bapa ke kampung ketika usia kerbau berkenaan mencecah tiga bulan dari kandang ternakan di Kampung Kubang Palas, Telemong, Hulu Terengganu.

"Pendedahan sejak usia tujuh tahun oleh kedua ibu bapa berkaitan pemeliharaan ternakan membuatkan saya tidak kekok untuk menjaga haiwan ternakan itu," katanya ketika ditemui, hari ini.

Bagi Wan Nur Zahirah, membersihkan kandang yang dipenuhi najis haiwan adalah perkara biasa malah rutin itu menyeronokkan selain menghilangkan tekanan.

"Awal pagi saya akan membawa Abu dan Ali ke kandang, pada petang pula saya sekali lagi akan memberi makanan kepada kerbau itu, manakala kira-kira 10 malam saya akan memandikan kerbau itu, badan kerbau perlu sentiasa sejuk.

"Saya selesa melakukan kerja ini, lagi pula Abu amat jinak. Abu juga menjadi rakan karib saya ketika menguruskan ternakan itu di kandang," katanya yang juga anak sulung daripada lima beradik.

Bapanya, Wan Zunaidi berkata, dia sendiri didedahkan dengan dunia ternakan sejak berusia lima tahun dan urusan menjaga kerbau serta lembu turut dibantu isterinya Suzira Ismail, 40, bersama anaknya.

"Hingga kini saya mempunyai 40 kerbau termasuk dua yang albino, tetapi hanya empat ada di kandang di Marang, manakala selebihnya berada di Kubang Palas.

"Ada individu yang ingin membeli Abu dengan harga RM8,000 manakala Ali RM7,000 namun saya tidak menjualnya," katanya yang turut menternak 12 lembu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... /abu-ali-teman-saya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049486 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list