View: 366|Reply: 0
|
[Kelantan]
Rogol hingga mengandung: Polis tahan penuntut kolej
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Penuntut kolej antara dua lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit kes rogol remaja berusia 14 tahun sehingga hamil.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kedua-duanya yang berusia 18 dan 20 tahun ditahan di dua lokasi berasingan, kelmarin dan semalam.
Katanya, suspek pertama berusia 18 tahun yang juga penuntut kolej ditahan di sebuah rumah di Kubang Kerian, kelmarin sebelum tangkapan kedua di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.
"Suspek kedua seorang penganggur dan hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau. Mereka direman hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, remaja berusia 14 tahun disahkan hamil tiga bulan selepas dipercayai dirogol dua suspek secara berasingan di rumahnya di Pasir Mas.
Kejadian itu terbongkar susulan mangsa ke Klinik Kesihatan di sini untuk mendapatkan buku rekod kesihatan ibu mengandung.
Dalam siasatan awal polis, remaja itu mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berbeza pada 19 Februari dan 28 Mac di sebuah bilik tidur di rumah neneknya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahan-penuntut-kolej |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|