CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

[Pahang] MBK sedia tambah anggota Unit Rondaan Berbasikal

[Copy link]
Post time 15-6-2022 11:53 AM | Show all posts |Read mode

Unit Rondaan Berbasikal Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) melakukan pemantauan di sekitar bandar raya Kuantan. - Foto ihsan MBK

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bersedia menambah anggota Unit Rondaan Berbasikal sekiranya keadaan memerlukan.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata berdasarkan keperluan, unit berkenaan dianggotai lima penguat kuasa MBK setakat ini.

Katanya, kawasan tumpuan unit itu menjalankan tugasan ialah di Taman Esplanade, Esplanade Tanjung Api, Menara 188 Kuantan dan Kuantan Art Street.

"Unit itu baharu ditubuhkan 12 Jun lalu sebagai alternatif untuk melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sekitar bandar raya ini.


"Penubuhan unit ini juga dapat meningkatkan produktiviti anggota penguat kuasa MBK melalui amalan gaya hidup sihat dan seimbang serta lebih mesra rakyat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Norkamawati berkata, unit berkenaan akan menjalankan tugasan rondaan bermula 8 pagi hingga 5 petang setiap Ahad.

Katanya, setakat ini, lima anggota berkenaan bertugas hanya pada Ahad.

"Mereka bukan sahaja melakukan pemantauan, malah mempunyai kuasa mengeluarkan kompaun terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan di empat kawasan terbabit.

"Oleh itu, MBK meminta kerjasama daripada orang ramai, khususnya warga bandar raya Kuantan supaya dapat memberikan kerjasama kepada unit berkenaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -rondaan-berbasikal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.227243 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list