View: 420|Reply: 0
|
[Terengganu]
Terengganu rekod GPN 4.72 dalam SPM 2021
[Copy link]
|
|
ABDUL Muie Ngah (tiga kiri) bersama pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang SPM 2021 selepas sidang media di SM Sains Kuala Terengganu. FOTO Ghazali Kori
Kuala Terengganu: Terengganu mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 apabila merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.72 sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional 4.86.
Pengarah Pendidikan Terengganu Abdul Muie Ngah berkata, seramai 16,627 calon menduduki peperiksaan SPM 2021 di 215 pusat peperiksaan seluruh negeri.
Katanya, daripada jumlah itu, seramai 321 calon mendapat keputusan semua A (A+, A dan A-).
"Selain itu, tujuh calon mendapat keputusan cemerlang dengan seorang pelajar memperoleh keputusan 12 A+, 10+ (seorang) dan lima pelajar memperoleh 9A+.
"Turut membanggakan apabila seorang calon berkeperluan khas (CBK) (masalah pendengaran) memperoleh 9A+ dan 3 A dalam peperiksaan kali ini," katanya pada majlis pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2021 di Sekolah Menengah (SM) Sains Kuala Terengganu, di sini, hari ini.
Abdul Muie berkata, lapan sekolah merekodkan pencapaian lulus semua mata pelajaran dengan SM Sains Kuala Terengganu berada di tempat pertama.
Katanya, ia diikuti SM Imtiaz Kuala Terengganu di tempat kedua, SM Sains Sultan Mahmud (ketiga), SM Sains Dungun (keempat), SM Imtiaz Besut (kelima), SM Imtiaz Kemaman (keenam), SM (Atas) Sultan Zainal Abidin (ketujuh) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling (kelapan).
"Ia menunjukkan peningkatan berbanding enam sekolah ketika SPM 2020.
"SM Sains Kuala Terengganu turut merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik dengan pencapaian 1.40," katanya.
Katanya, keputusan GPN 4.72 yang direkodkan Terengganu menjadi sebagai satu permulaan dan penanda aras untuk SPM 2022 akan datang.
"Kita bermula dengan baik (dan) insya-Alllah, mengharapkan SPM (2022) akan bertambah baik lagi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -472-dalam-spm-2021 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|