View: 321|Reply: 0
|
[Pahang]
Janusha terima RM20,000 daripada Kerajaan Pahang
[Copy link]
|
|
PEGAWAI Kadet Kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) B. Janusha. FOTO Ihsan Istana Negara.
Kuantan: Kerajaan Pahang bersetuju memberi sumbangan berjumlah RM20,000 beserta sijil penghargaan kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK), B Janusha dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai penghargaan atas kecemerlangan beliau.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata anak kelahiran Lipis, Pahang itu menjadi pegawai wanita pertama negara berjaya menamatkan Pengajian dan Latihan Ketenteraan di United States Naval Academy (USNA).
"Saya amat mengagumi kegigihan Janusha dan ahli keluarga lain terutama kedua ibu bapanya yang begitu mengambil berat mengenai masa depan anak-anak sehingga kesemua mereka memiliki kerjaya yang hebat.
"Kejayaan Janusha ini perlu dijadikan satu inspirasi dan motivasi kepada seluruh rakyat Pahang dan Malaysia betapa perlunya kita mempunyai keazaman dan kegigihan untuk berjaya.
"Saya berharap Janusha terus maju dan berjaya dalam kerjaya pada masa akan datang," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Janusha, 23, menjalani pengajian dan latihan ketenteraan di akademi berkenaan selama empat tahun bermula 2018 bersama 1,085 pelatih dari Amerika Syarikat dan 14 pelatih dari luar Amerika Syarikat.
Lebih bermakna, majlis tamat pengajian yang penuh gemilang disempurnakan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan turut dihadiri barisan kepimpinan tertinggi Tentera Laut Amerika bersama duta serta penasihat pertahanan pelbagai negara
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ada-kerajaan-pahang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|