CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 453|Reply: 1

[Kelantan] Lori rempuh 2 gerai, wanita melecur tersimbah sup panas

[Copy link]
Post time 17-6-2022 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Lori rempuh 2 gerai, wanita melecur tersimbah sup panas

Oleh Hazira Ahmad Zaidi - Jun 17, 2022 @ 6:19pm [email protected]




Keadaan gerai makan yang dirempuh lori terbabas di Jalan Batu Balai- Chuchoh Puteri dekat Kampung Kenor, petang semalam. - Foto ihsan PDRM




KUALA KRAI: Seorang wanita melecur pada dada dan belakang badan akibat tersimbah sup panas selepas gerai makannya dirempuh lori yang terbabas di Jalan Batu Balai-Chuchoh Puteri dekat Kampung Kenor, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika lori dinaiki lelaki berusia 55 tahun bersama anaknya, 17, dalam perjalanan dari arah Telekong untuk pulang ke rumah mereka di Batu Balai, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, lori terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar dua gerai.

Katanya, seorang wanita berusia 31 tahun yang kebetulan berada di dapur dan sedang memasak sup, tidak sempat melarikan diri menyebabkan sup panas itu terkena bahagian badannya.

"Akibat rempuhan itu, wanita terbabit mengalami melebur sembilan peratus pada badan, manakala pemandu lori luka pada dahi dan terseliuh bahu kiri. Anaknya pula cedera pada bahu kanan.



Keadaan gerai makan yang dirempuh lori terbabas di Jalan Batu Balai- Chuchoh Puteri dekat Kampung Kenor, petang semalam. - Foto ihsan PDRM

"Semua mangsa di hantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai untuk rawatan lanjut," katanya.

Suzaimi berkata, siasatan mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu lori kerana gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas melanggar dua gerai makan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 08:09 PM | Show all posts
papa baru nk pulang............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046251 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list