CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Kelantan] Amizah sudah tiada

[Copy link]
Post time 20-6-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba dan penduduk kampung membantu mengusung jenazah Amiza untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Demit. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Wanita yang mengalami masalah obesiti dan paras oksigen rendah dalam badan, Amizah Amdam, 37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Padang Demit, di sini, pada 7.30 pagi hari ini.

Bapanya, Amdam Nuh, 69, berkata anak keempat daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kelihatan agak letih dan bengkak di bahagian mata ketika mahu ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.

"Sebaik saya pulang dari masjid, Amizah dilihat semakin lemah dan nampak sedang nazak sebelum saya segera mendapatkannya dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

"Sepatutnya tiga hari lagi, Amizah akan berjumpa pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk berbincang mengenai rawatan bariatrik yang dicadangkan, namun tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Paya Demit, di sini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Amizah dibawa ke tanah perkuburan dengan bantuan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu bersama penduduk kampung dan selamat dikebumikan pada 2.30 petang tadi.

Ketua Operasi BBP Kota Bharu Mohd Nazarol Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.45 tengah hari bagi meminta bantuan untuk menguruskan pengebumian jenazah wanita itu.

Menurutnya, tujuh anggota menjalankan tugas khas itu dan pihaknya mengambil inisiatif dengan mengusung jenazah menggunakan kain pelikat bagi menggantikan pengusung.

"Jenazah Allahyarham diusung kira-kira 10 individu dan proses pengebumian mengambil masa selama setengah jam," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan wanita itu yang mempunyai berat badan kira-kira 200 kilogram (kg) terlantar sejak dua bulan lalu disebabkan berat badannya semakin bertambah dan tidak dapat berjalan di mana hanya akan berguling untuk bergerak terutama ke tandas.

Allahyarham juga berbadan gempal dengan berat badan sekitar 120 kg, namun masih mampu berjalan serta bekerja tetapi terpaksa berguling dan mengengsot apabila berat badannya naik mendadak sejak beberapa bulan lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... /amizah-sudah-tiada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.130842 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list