CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1057|Reply: 1

[Terengganu] Kediaman rasmi Pengarah Hospital Kemaman terbakar

[Copy link]
Post time 21-6-2022 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Sebuah rumah setingkat kediaman rasmi Pengarah Hospital Kemaman Dr Amran Japar di Kampung Gong Limau dekat Kemaman, terbakar 50 peratus malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.49 malam dan 17 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Chukai serta BBP Kemaman dikerah ke lokasi kejadian.

"Kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah bilik sebelum api merebak ke ruang tamu dan stor melalui siling.

"Operasi pemadaman agak mencabar kerana kerangka bumbung daripada kayu menyebabkan api cepat merebak namun kepantasan anggota bomba dapat menyelamatkan rumah tersebut dari terbakar 100 peratus," katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, pengarah hospital itu tiada di rumah kerana mempunyai tugasan rasmi di Kuala Lumpur.

Mohd Zailani berkata, hanya dua anak dan isteri Dr Amran sahaja yang berada di rumah namun mereka berjaya menyelamatkan diri lebih awal dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

Katanya, operasi selesai sepenuhnya pada 1.45 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu Hanafiah Mat berkata, pihaknya sudah menyediakan sebuah rumah inap desa untuk didiami selama tiga hari oleh keluarga Dr Amran.

"Semoga beliau tabah dengan dugaan ini dan saya difahamkan beliau sekeluarga akan berpindah masuk ke kuarters kosong di Hospital Kemaman selepas ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... al-kemaman-terbakar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 03:04 PM | Show all posts
Edited by Jennifer_Gir at 21-6-2022 03:07 PM

Thank you for info!


email migration tool https://www.outlooktransfer.com/products/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041371 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list