CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 0

[Kelantan] PKINK tidak zalimi penduduk setinggan Jalan Atas Paloh

[Copy link]
Post time 22-6-2022 05:18 PM | Show all posts |Read mode

Kerja meroboh rumah setinggan di Lot Pt 79, Seksyen 5, Jalan Atas Paloh, di sini, yang tular di media sosial sejak Isnin lalu mendakwa Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menzalimi penduduk. FOTO IHSAN PEMBACA

Kota Bharu: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tidak menzalimi penduduk setinggan di Lot Pt 79, Seksyen 5, Jalan Atas Paloh, di sini, berikutan kerja perobohan rumah di lokasi itu.

Dalam satu kenyataan, PKINK memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan bahawa agensi kerajaan itu menzalimi penduduk terbabit kerana perbincangan sudah diadakan secara terbuka dan mengambil masa yang lama.

Menurutnya, tanah seluas 1.79 hektar itu adalah hak milik PKINK dan perobohan rumah penduduk di kawasan terbabit dibuat mengikut keputusan mahkamah.

"Tanah berkenaan sebelum ini didiami oleh 53 keluarga yang menyewa tanah terbabit. Daripada 53 keluarga yang mendiami dan menyewa tanah itu, 52 ketua keluarga mencapai kata sepakat dan bersetuju berpindah ke perumahan yang ditawarkan PKINK.

"Sebanyak 36 keluarga ditawarkan rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Kelochor, di sini, manakala 16 keluarga lagi ditawarkan berpindah ke Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Raudhah PKINK Badang.

"PKINK juga bersetuju memberikan insentif berjumlah RM1,000 kepada ketua keluarga yang bersetuju berpindah iaitu RM500 dibayar sebelum berpindah dan baki RM500 dibayar selepas selesai berpindah," katanya.

Menurut kenyataan itu, persetujuan awal yang dicapai membenarkan PKINK untuk membuat perobohan secara berfasa iaitu 20 rumah diroboh dalam fasa satu pada 1 Mac 2020 dan 18 rumah di fasa dua pada 9 November 2020.

Katanya, pada 28 Disember 2020, seramai 16 penama membuat bantahan dan membawa kes ke mahkamah dan kerja-kerja perobohan terpaksa ditunda.

"Berikutan keputusan mahkamah pada 26 April lalu memihak kepada PKINK, perobohan fasa tiga diteruskan bermula 19 Jun lalu membabitkan 14 rumah.

"Perobohan fasa tiga membabitkan lima rumah dirobohkan pada 19 Jun lalu dan empat rumah pada 20 Jun serta kerja perobohan untuk baki lima rumah ditangguhkan buat masa ini," katanya.

Isnin lalu, satu rakaman video berdurasi 30 minit 12 saat mendakwa PKINK menzalimi penduduk kerana melakukan kerja perobohan rumah setinggan di Jalan Atas Paloh, di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-jalan-atas-paloh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.135979 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list