CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki ditemukan tersangkut di pokok kelapa meninggal dunia

[Copy link]
Post time 25-6-2022 11:02 AM | Show all posts |Read mode

OPERASI menyelamat lelaki tersangkut pokok kelapa oleh Bomba dan Penyelamat Gua Musang, di Felda Aring Satu, di sini, hari ini. FOTO ihsan Bomba

Gua Musang: Polis mengesahkan, Zaharuddin Ramli, 49, yang ditemukan meninggal dunia tersangkut di atas pokok kelapa pada kejadian di Felda Aring 1 di sini, semalam disebabkan serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa dipercayai tergelincir dan badannya tergantung pada pokok itu ketika memetik buah kelapa.

Katanya, selepas diturunkan, pegawai perubatan melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

"Bedah siasat dijalankan di Hospital Gua Musang mengesahkan yang mangsa meninggal dunia akibat saluran jantung tersumbat.

"Tiada unsur jenayah dalam kejadian ini. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dihubungi hari ini.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Aring 1.

Harian Metro semalam melaporkan, seorang lelaki ditemukan tersangkut di pokok kelapa di Felda Aring 1 sebelum pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... apa-meninggal-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.041046 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list