CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 1

[Kelantan] Sampel durian diambil, kenal pasti punca penyakit misteri

[Copy link]
Post time 26-6-2022 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Jabatan Pertanian Negeri Kelantan mengambil sampel durian Musang King yang dilaporkan diserang penyakit misteri sehingga menyebabkan buah buruk dan berulat untuk dihantar ke makmal bagi tujuan dianalisis.

Pengarahnya, Norbahani Zakaria berkata, keputusan ujian berkenaan akan diberitahu segera sebaik punca dapat dikenal pasti, selain membolehkan pihaknya menasihatkan cara terbaik yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah terbabit.

Katanya, tinjauan dan pengamatan pada peringkat awal mendapati situasi berkenaan berlaku akibat daripada kelembapan ladang yang tinggi disebabkan hujan berpanjangan bermula Februari lalu.

"Saya sendiri bersama pegawai Biosekuriti Tumbuhan Negeri Kelantan dengan kadar segera turun padang untuk melihat sendiri keadaan sebenar yang terjadi pada tanaman pengusaha durian selain mengambil tindakan yang sepatutnya.

"Selain itu, siasatan awal setelah beberapa kebun dilawati mendapati kadar atau peratus kerosakan adalah berbeza bergantung kepada keadaan kebun dan pengurusan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Norbahani berkata, pihaknya akan cuba membantu sebaik mungkin untuk mengkaji punca sebenar yang menyebabkan keadaan sebegini berlaku serta mengharapkan kerjasama baik daripada pengusaha tanaman bagi menyelesaikan masalah terbabit.

Semalam, akhbar melaporkan hampir 100 pengusaha durian Musang King di Tanah Merah dan Jeli mengalami kerugian lebih RM1juta apabila buah di kebun mereka mengalami kerosakan akibat penyakit misteri.

Tinjauan ke beberapa kebun durian di daerah berkenaan mendapati majoriti pengusaha mengeluh selain menunjukkan durian yang menjadi buruk serta berulat sekali gus mengganggu rasa dan kualiti raja buah terbabit.

Pengusaha durian mendakwa satu pokok yang sebelum ini boleh menghasilkan hampir 500 biji durian untuk satu musim, kini hanya mampu menghasilkan beberapa biji sahaja buah yang sempurna untuk dijual.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ca-penyakit-misteri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2022 04:24 PM | Show all posts
Semoga tiada apa-apa yang buruk bakal berlaku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.330693 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list