CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 0

[Kelantan] Keluarga pengasas Dnars buat laporan polis kedua

[Copy link]
Post time 26-6-2022 03:18 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMAMD Zaki pada sidang media. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad membuat laporan polis kedua bagi memohon siasatan berhubung isu resolusi pertukaran pemilikan saham syarikat Allahyarham.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata laporan polis dibuat abang Allahyarham pada Selasa lalu.

"Laporan kedua ini lebih kepada kecurigaan atau sangsi keluarga berhubung resolusi pertukaran nama saham syarikat milik Allahyarham.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada tandatangan yang dibuat itu sah atau sebaliknya dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Siasatan ini akan dibuat seiring dengan laporan polis dibuat terdahulu yang menuntut siasatan lanjut berhubung kematian Allahyarham," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare yang meninggal dunia pada 18 Mei 2019, tampil membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian Allahyarham.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Tumpat selepas tiga tahun kematian pengasas produk berkenaan.

Ahli keluarga Allahyarham ketika dihubungi mengesahkan membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut terhadap kematian Faziani yang disyaki terdapat unsur lain selain laporan turut dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... laporan-polis-kedua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.248279 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list