View: 392|Reply: 0
|
[Kelantan]
Budak positif dadah masih guna alat bantuan pernafasan
[Copy link]
|
|
Muhamad Zaki pada sidang media, hari ini. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
KOTA BHARU: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang sebelum ini kritikal akibat kandungan dadah jenis methamphetamine dalam badannya, masih menggunakan alat bantuan pernafasan.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata kanak-kanak terbabit bagaimanapun sudah mula menunjukkan respons yang baik.
"Hari ini, kita sambung lagi reman suspek yang juga saudara kepada mangsa, selama lima hari bagi membantu siasatan.
"Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh. Kita mahu melihat kajian oleh pihak psikologi kanak-kanak, selain memanggil Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) untuk membuat siasatan.
"Kanak-kanak itu tidak dapat bercakap dengan baik. Mungkin kita akan mendapat sesuatu (maklumat) daripada mangsa, kerana kita mahu memastikan bagaimana mangsa terambil dadah," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, suspek akan diambil tindakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain Seksyen 39C akta sama, sebagai penagih berulang.
Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak itu terpaksa ditidurkan berikutan keadaannya sangat lemah akibat kandungan dadah dalam badannya.
Ibunya yang berusia 36 tahun dipetik berkata, keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu tiada tanda positif dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
https://www.bharian.com.my/berit ... -bantuan-pernafasan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|