CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 456|Reply: 2

[Terengganu] 'Seluruh tubuh Eidrish dihurung tebuan'

[Copy link]
Post time 28-6-2022 10:23 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Khalid menunjukkan gambar tiga anaknya, Eidrish (tengah), Nur Adelya Qaisara (kanan) dan Nur Aiyris Dania. FOTO Zaid Salim

Kuala Nerus: "Saya tak nampak warna pakaian yang arwah anak pakai. Seluruh tubuhnya dipenuhi dengan tebuan," kata Mohd Khalid Omar, 40, bapa kepada Eidrish Mohd Khalid, 5, yang maut disengat puluhan tebuan tanah, petang semalam.

Ketika kejadian murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) An-Nur, Ipoh, Perak itu dikatakan bermain di sebuah taman permainan bersama dua kakaknya kira-kira 20 meter dari rumah neneknya di Kampung Tok Jembal, di sini, jam 5.40 petang.

Kejadian itu turut menyebabkan dua kakak arwah, Nur Adelya Qaisara, 10, dan Nur Aiyris Dania, 7, yang turut disengat serangga berbisa itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Mohd Khalid berkata, Eidrish disahkan meninggal dunia jam 11.40 malam tadi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala dua kakaknya masih menerima rawatan di wad sama.

Menurutnya, ketika kejadian, mereka yang tinggal di Pengkalan Ria, Ipoh, bersiap untuk pulang selepas bercuti di rumah ibu, Jumaat lalu.

Sebelum kejadian, dia yang berada di kawasan rumah kira-kira 20 meter dari tempat anaknya bermain terkejut selepas kakak arwah, memberitahu adiknya disengat tebuan.

"Saya berlari ke kawasan permainan dan terkejut melihat seluruh badan arwah dihurung tebuan sebelum menariknya. Saya cuba sambil menghalau serangga itu daripada badannya sebelum arwah pengsan.

"Saya kemudian dengan bantuan saudara mara membawa arwah dan dua kakaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum dia disahkan meninggal dunia jam 11.40 malam tadi," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya, hari ini.

Mohd Khalid yang mengusahakan restoran di bandar Ipoh berkata, dalam kejadian itu, dia turut menerima rawatan di hospital selepas terkena sengatan serangga berkenaan ketika menyelamatkan arwah anaknya.

"Saya tidak sangka berlaku tragedi ini ketika percutian kami kali ini, namun saya reda dengan apa yang berlaku," katanya.

Menurutnya, arwah sangat gembira pulang ke kampung neneknya dan kali terakhir pulang pada Mei lalu.

Katanya, kepulangannya kali ini adalah untuk bercuti selain membawa keluarga mentua mencandat sotong.

"Kami bertolak dari Ipoh bersama keluarga mentua secara berkonvoi membabitkan empat kenderaan dan tiba di sini pada Jumaat.

"Kami bercadang untuk pulang jam 6 petang semalam tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan kejadian ini.

"Lagipun dua anak saya masih berada di wad dan mereka dilaporkan dalam keadaan stabil. Kematian adiknya juga sudah diberitahu kepada dua kakaknya dan mereka sempat melihat arwah di hospital," katanya selepas menerima sumbangan daripada Timbalan Pengarah Pasti Negeri Terengganu, Mohd Riduan Abu Bakar dan Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Mohd Harun Esa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ish-dihurung-tebuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 10:36 AM | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:42 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa, sedih sangat  dengan kejadian ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.078771 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list