CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 0

[Pahang] Pekerja kilang nafi penyebab kematian guru wanita

[Copy link]
Post time 2-7-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Pekan: Pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang guru di Kilometer 55 Jalan Kuantan-Segamat pada minggu lalu.

Tertuduh Yeoh Boon Chin, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin.

Yeoh yang beralamat di Gemas, Negeri Sembilan didakwa melakukan kesalahan itu pada 4 petang, 26 Jun lalu semasa memandu kenderaan yang menyebabkannya tidak berdaya mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian Azlina Mohamad, 51, yang juga penumpang kereta Perodua Myvi.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman maksimum 15 tahun penjara dan denda sehingga RM100,000 jika sabit kesalahan.


Selain itu, Yeoh yang memakai pakaian lokap polis juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kedua iaitu memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan kepada anak Azlina, Ain Shafiah Ahmad Shahar, 21, di tempat dan pada masa sama.


Pekerja kilang, Yeoh Boon Chin, 32, (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Pekan hari ini. FOTO BERNAMA

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 44(1A)(a) akta sama yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak lebih RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, peguam Osman Abdullah yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengurangkan jaminan RM30,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan itu atas alasan tertuduh hanya memperoleh pendapatan RM1,700 sebulan.

"Tertuduh merupakan seorang duda anak satu dan berjanji akan hadir setiap kali kes disebut di mahkamah," katanya.

Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 30 Ogos depan sebagai sebutan semula bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Natasha Saharrudin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... guru-wanita-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.059010 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list