CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 463|Reply: 0

[Kelantan] 'Hospital di Kelantan makin sesak pesakit kanak-kanak'

[Copy link]
Post time 21-7-2022 02:48 PM | Show all posts |Read mode
'Hospital di Kelantan makin sesak pesakit kanak-kanak'

Oleh Syaherah Mustafa - Julai 21, 2022 @ 2:32pm[email protected]




Kesesakan dalam wad pediatrik HRPZII seperti yang dikongsikan seorang waris menerusi media sosial.




Kota Bharu: Wad hospital kerajaan di Kelantan yang mempunyai kemudahan pakar, semakin sesak berikutan peningkatan ketara kemasukan pesakit perubatan dan pediatrik (kanak-kanak) sejak awal bulan ini.

Keadaan itu menyebabkan bilangan katil setiap hospital daerah di seluruh negeri, ditambah sebanyak 10 peratus dengan mobilisasi kakitangan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk pengoperasian wad tambahan baharu.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata situasi yang berlaku ketika ini menyebabkan waktu menunggu pesakit untuk dimasukkan ke dalam wad meningkat sehingga melebihi empat jam.

"Jabatan sudah mengambil beberapa langkah menangani masalah ini seperti mengoptimumkan penggunaan katil di hospital dengan mewujudkan sistem koordinasi katil berpusat serta rujukan secara zon bagi mengurangkan rujukan ke HRPZ II di sini.

"Selain itu, kami turut menukar wad yang ada di hospital Tumpat, Jeli, Machang dan Pasir Mas yang mempunyai bilangan pesakit yang rendah kepada wad multidisiplin.

"Bilangan katil juga ditambah kepada hospital setiap daerah sebanyak 10 peratus, selain melakukan mobilisasi staf dari hospital seluruh negeri Kelantan ke HRPZ II untuk pengoperasian wad tambahan baharu," katanya.

Dr Zaini berkata, pihaknya turut mencadangkan pengoperasian semula Hospital Kuala Krai bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sentiasa peka dengan masalah yang berkaitan dengan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang waris pesakit mendakwa hampir semua wad pediatrik (kanak-kanak) di sekitar Kota Bharu ketika ini dilaporkan penuh dan hampir tiada katil untuk pesakit baharu.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.045198 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list