CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 783|Reply: 1

[Sabah] Perintah Berkurung Perairan ESSZone Dilanjut Sehingga 7 Sept

[Copy link]
Post time 23-8-2022 12:54 PM | Show all posts |Read mode


LAHAD DATU, 22 Ogos : Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 7 Sept ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata perintah dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

“Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terlibat tidak diceroboh pengganas, sekali gus mengancam keselamatan penduduk termasuk penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan, serta pelancong asing melawat pulau peranginan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh perairan terlibat untuk melakukan penculikan serta lain-lain jenayah rentas sempadan.

Idris berkata perintah berkurung itu juga, akan memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot dan menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada penduduk maritim dengan kehadiran pasukan keselamatan.

Dalam pada itu, katanya semua Ketua Polis Daerah di ESSZone diberi kuasa mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak lain untuk melalui kawasan perintah berkurung itu. – BERNAMA


https://www.sabahpost.net/2022/08/22/perintah-berkurung-perairan-esszone-dilanjut-sehingga-7-sept/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dlu masa parents dipindahkn ke Semporna...tiap Sabtu digelar hari 'mundu' ...katanya , Pengganas ni akan keluar ke Pekan  Semporna tiap Sabtu ..seram sgt masa tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.896223 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list