CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 0

[Sarawak] Anugerah Khas Premier Sarawak jadi motivasi untuk cetus kecemerlangan

[Copy link]
Post time 16-9-2022 01:55 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Anugerah Khas Premier Sarawak (AKPS) diharap akan terus menjadi motivasi khususnya kepada pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Pengarah Yayasan Sarawak Mersal Abang Rosli berkata, ia sekali gus menjadi motivasi kepada para guru untuk terus memberikan komitmen yang berkualiti kepada anak-anak didik mereka.

“Kita juga berharap anugerah ini akan juga menjadi pencetus semangat kepada pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk terus memberikan komitmen yang padu dalam membantu melahirkan anak-anak yang cemerlang di sekolah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Khas Premier Sarawak (AKPS) 2022 Ke-30 yang disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, semalam.

Menurutnya, anugerah yang kali ke-30 diadakan sejak tahun 1992 itu bertujuan memberikan pengiktirafan kepada pelajar negeri ini yang telah mencapai keputusan paling cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Selain turut memberikan pengiktirafan kepada guru-guru cemerlang serta memberikan pengiktirafan kepada sekolahsekolah dan PIBG yang telah menunjukkan pencapaian prestasi cemerlang.

“Penyampaian pada tahun ini merupakan pengiktirafan kepada penerima atas pencapaian cemerlang mereka bagi tahun 2021 termasuk 2020 dan 2019 kerana tidak dapat diadakan susulan pandemik Covid-19,” ujarnya.

Kemarin, sebanyak 58 orang penerima diraikan merangkumi 12 orang menerima bagi tahun 2021, 26 orang untuk 2020 dan 20 orang bagi 2019.

Masing-masing menerima trofi, sijil dan hadiah berupa wang tunai.

Bagi tahun penilaian 2019, beberapa kategori utama dipertandingkan seperti kategori sekolah menengah dan rendah, guru, pelajar SPM dan STPM, Pegawai Pengurusan Pendidikan dan juga PIBG sekolah menengah dan rendah.

Tahun penilaian 2020 menyaksikan hanya kategori pelajar SPM dan STPM sahaja yang dipertandingkan merangkumi lapan sub-kategori iaitu orang kelainan Uupaya, Penan, kemanusiaan dan sains.

Pada tahun penilaian 2021 pula, kategori-kategori pelajar dikekalkan dan dipertandingkan dengan pertambahan dua kategori empat sub-kategori baharu iaitu Kategori Video Kreatif Sekolah Rendah, Video Kreatif Sekolah Menengah, PdPR Secara Dalam Talian Sekolah Rendah, dan PdPR Secara Dalam Talian Sekolah Menengah.

Pertambahan kategori ini adalah selaras dengan suasana persekolah ketika negara dilanda pandemik dan kebanyakan sesi persekolahan adalah secara PdPR.
Sejumlah RM138,000 peruntukan khas diberikan untuk insentif berupa wang tunai tersebut.


https://sarawakvoice.com/2022/09/16/anugerah-khas-premier-sarawak-jadi-motivasi-untuk-cetus-kecemerlangan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.044080 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list