CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Kelantan] Misi CSR terkandas akibat jalan rosak teruk

[Copy link]
Post time 6-10-2022 02:17 PM | Show all posts |Read mode

RIDHWAN bersama kenderaannya ketika menyertai konvoi Program CSR "Bergagoh Ma Senoi Bek" ke Pos Gob, di sini, semalam. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Misi program 'Bergagoh Ma Senoi Bek' untuk mengagihkan makanan kepada penduduk di Pos Gob, di sini, kelmarin terkandas lebih 24 jam di pertengahan jalan kerana keadaan jalan yang rosak akibat hujan.

Situasi berkenaan menyebabkan seramai 150 peserta membabitkan 41 kenderaan dinasihatkan agar berpatah-balik.

Difahamkan, jarak dari bandar ini ke Pos Gob hampir 100 kilometer (km) dan perkampungan Orang Asli yang paling jauh di daerah ini.



Peserta, Mohd Zaidatul Azizi Mohd Zaidatul Azman, 22, berkata dia sangat teruja untuk menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) terbabit kerana ia adalah pengalaman pertama.

Menurutnya, pada masa sama dia seolah-olah jatuh cinta dengan suasana di Pos Gob selepas mendengar cerita rakan-rakannya yang pernah sampai di kawasan itu.

"Namun, pengalaman menempuh perjalanan menuju ke Pos Gob boleh dikatakan sangat ekstrem dan lasak. Kami semua hampir terkandas di dalam lumpur dan sangat menakutkan.

"Dengan bantuan peserta lain akhirnya kami dapat mengatasinya. Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan agak kecewa apabila hajat untuk ke Pos Gob tidak kesampaian," katanya.

Program berkenaan dianjurkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Peserta lain, Kartini Mohamed, 43, berkata terkandas ketika dalam perjalanan ke Pos Gob selama lebih 24 jam adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

"Ini kali keempat saya ke Pos Gob, kerana sebelum ini kami tetap sampai ke sana walaupun lewat. Tapi misi kali ini kami terpaksa berpatah-balik kerana keadaan jalan yang teruk.

"Kami terpaksa tidur di Kampung Kajang kerana sudah tidak mampu meneruskan perjalanan ke Pos Gob. Namun, ia tidak mematahkan semangat untuk saya mengikuti program seperti ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri Abd Aziz Yusoff berkata, semua peserta dinasihatkan pulang dan tidak meneruskan misi memandangkan keadaan jalan yang rosak teruk akibat hujan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-jalan-rosak-teruk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.044300 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list