View: 378|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kelantan pantau tiga kes cubaan bunuh diri
[Copy link]
|
|
MOHD Amar menandatangani pusat Komuniti selepas Majlis Perasmian Pusat Komuniti Tumpat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Tumpat: Tiga kejadian cubaan terjun sungai di dua jambatan di negeri ini dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini dianggap kes terpencil.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak pernah memandang ringan perkara itu dan sedang memantau dengan pihak berkuasa.
"Kita prihatin dengan perkara itu (cubaan bunuh diri) dan sedang memantau serta tengok laporan (pihak berkuasa) macam mana?
"Kena tengok dan pastikan punca kenapa terjadi (cubaan bunuh diri), namun kita anggap kes ini 'isolated' (terpencil), bukan satu fenomena," katanya.
Terdahulu, beliau menyempurnakan perasmian Pusat Komuniti Tumpat Majlis Daerah Tumpat (MDT), di sini, hari ini yang turut dihadiri Yang Dipertua MDT, Rusydee Abdullah.
Ditanya sama ada kerajaan negeri akan membuat penambahbaikan struktur di jambatan berkaitan atau sebarang kawalan khusus, Mohd Amar berkata, ia perlu merujuk kepada laporan yang diterima daripada pihak berwajib mengenai kejadian itu.
Katanya, jika dibuat penambahbaikan struktur jambatan sekalipun, ia mungkin tidak akan berkesan untuk menghalang kejadian yang sama berulang.
"Orang yang nak bunuh diri, kalau kita bubuh (letak) pagar tinggi mana pun dia terjun juga. Kalau bukan terjun jambatan, dia naik (panjat) bangunan, cuma kita tengok dulu macam mana keadaan.
"Memang dalam pemerhatian dan polis pun sedang tengok, cuma tidaklah sampai letak anggota untuk berkawal 24 jam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-cubaan-bunuh-diri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|