CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 411|Reply: 0

[Terengganu] Guru jadi pelupa, sedih bersara awal

[Copy link]
Post time 12-10-2022 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: "Keputusan untuk bersara setahun lebih awal begitu sukar untuk diambil dan amat menyedihkan dalam hidup saya.

"Namun, saya terpaksa menelan hakikat yang diri ini sudah tidak mampu untuk berjuang walaupun kerjaya sebagai seorang pendidik sudah sebati dalam jiwa saya," kata Hamidah Abd Rasid, 55.

Hamidah antara 805 orang pegawai dan anggota kumpulan pelaksana Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang dirai dalam majlis Sanjungan Budi Jasamu Dikenang di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini, hari ini.


Guru yang mengajar subjek bahasa Inggeris itu berkata, selain disahkan mengalami pendarahan dalam kepala, dia juga diserang penyakit jantung pada 2015.

Bekas guru Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mas 2, Dungun itu berkata, sekalipun diuji dua penyakit itu, dia ada berbincang dengan suami, Wan Abdullah Nasir Wan Suhaimi, 57, untuk terus mengajar atau bersara.

"Kalau ikutkan kepada penyakit saya hadapi, saya sudah mahu bersara tujuh tahun lalu. Disebabkan masalah kekurangan guru mengajar dalam bahasa Inggeris ketika itu, saya terpaksa tahan kesakitan dan ketepikan niat untuk bersara.

"Bagaimanapun, saya terpaksa membuat keputusan bersara setahun lebih awal iaitu Januari tahun ini selepas keadaan saya semakin tidak mengizinkan apabila menjadi pelupa," katanya.

Ibu kepada seorang anak itu berkata, dia juga terpaksa berjalan menggunakan tongkat ke sekolah selepas kedua belah lutut mengalami kecederaan pada 2017 sekali gus mendorong mengambil keputusan berat dalam hidupnya.

"Selain menjadi seorang pelupa, saya ke sekolah dengan bantuan tongkat selama empat tahun bagi memudahkan untuk bergerak dan hanya mengajar kelas yang berada di tingkat bawah," katanya.

Menurutnya, jika tidak mengalami masalah kesihatan, mungkin dia akan menghabiskan sisa perjuangan sebagai pendidik dengan melahirkan lebih ramai anak bangsa hingga tahun hadapan.

"Saya mahu berterima kasih kepada JPNT yang selama ini banyak membantunya dan bagi saya majlis ini begitu bermakna buat diri saya," katanya.

Terdahulu, majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu Datuk Satiful Bahari Mamat dan turut dihadiri Pengarah JPNT Abdul Muie Ngah.



Hamidah ditemani suaminya pada Majlis Sanjungan Budi Jasamu Dikenang di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam. FOTO GHAZALI KORI

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ersara-awal-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.069330 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list