Pada 2021, KJ dgn bangganya menyebut 4 juta lengan telah di cucuk dgn badshit pfizer yg dah terbukti hanya produk penipuan kaw kaw itteww...... so lani dalam 4 juta tuuu berapa masih hidup berapa dah golll berapa suffer AEFI yg kronik ? Adakah penerima yg masih hidup mahupun waris penerima yg telah goll tak kepingin utk turut saman kerajaan ekk ?
[]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]
https://www.freemalaysiatoday.co ... -kj-jawab-guan-eng/
4 juta vaksin Pfizer dari EU ‘di lengan rakyat’, penasihat khas KJ jawab Guan Eng
FMT Reporters -
June 23, 2021 10:09 PM
PETALING JAYA: Semua vaksin Pfizer yang dibeli dan diterima dari Kesatuan Eropah (EU) sudah diberikan kepada penerima yang layak sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan, 23 Februari lalu. Penasihat Khas (Sains) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Mohd Ghows Mohd Azzam dalam ciapan Twitternya berkata, semua vaksin Pfizer itu juga dibeli kerajaan, bukannya disumbangkan EU sekali gus menafikan dakwaan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, bahawa vaksin berkenaan adalah sumbangan EU. “YB @guanenglim, semuanya di lengan rakyat Malaysia. Setakat semalam, 6.3 juta dos sudah diberikan. “Empat juta Pfizer yang dibeli sudah tiba, manakala 445,000 dos dijangka sampai minggu ini dan minggu seterusnya, menjadikan semuanya berjumlah 4.87 juta dos seperti diluluskan untuk dieksport,” katanya menjawab dakwaan Lim.
Dalam pada itu, Mohd Ghows berkata, sebanyak 828,000 dos AstraZeneca dari pelan peruntukan vaksin Covid-19 global, COVAX pula diterima menerusi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF). Terdahulu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, meminta Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, menjelaskan apa yang berlaku terhadap lima juta dos vaksin dihantar EU ke negara ini, 15 Jun lalu. Lim berkata, EU sudah membuat penafian mengejutkan berhubung dakwaan Khairy bahawa kesatuan itu membolot vaksin sedangkan mereka mendedahkan sudah meluluskan pengeksportan lebih lima juta dos bagi membantu Malaysia mempercepatkan PICK. Beliau berkata, kerajaan PN sangat tidak bertanggungjawab dan tidak kompeten apabila secara konsisten meneruskan naratif bahawa krisis kesihatan Covid-19, krisis ekonomi dan politik tidak ada kaitan dengan mereka.
Katanya, kegagalan untuk melaksanakan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) yang konsisten, mempercepat kelulusan vaksin dan pelaksanaan segera PICK adalah tanggungjawab kerajaan PN sendiri.
|