CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Terengganu] Omicron varian XBB belum dikesan di Malaysia

[Copy link]
Post time 13-10-2022 06:25 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Terengganu: Mutasi baharu subvarian Omicron yang dinamakan varian XBB yang setakat ini dikesan di Singapura belum dikesan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan dan mengikuti perkembangan berhubung varian berkenaan yang turut dikenali sebagai BA.2.10.

"Kita memang menjalankan pemantauan rapi (dan) setakat ini, saya semak dengan IMR (Insitut Penyelidikan Perubatan) masih tidak ada lagi kes yang dilaporkan di negara kita.


"Bagaimanapun, kita pantau varian ini bagi mengelak kemasukan ke dalam negara dengan mengadakan saringan secara berkala dan pintu-pintu sempadan negara dengan prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day) Tahun 2022 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Mengulas mengenai kes positif Covid-19, Dr Noor Hisham, kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia juga memainkan peranan dalam mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Katanya, ketika ini, sebanyak 1,000 hingga 2,000 kes positif dilaporkan setiap hari namun kebanyakan kes berada pada tahap satu dan dua.

"Malah kes yang parah yang masuk wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi), kita tak nampak peningkatan kes sebaliknya berlaku penurunan katil ICU dan wad.

"Setakat ini, Alhamdulilah masih terkawal tetapi kita masih menjalankan saringan berkala dan setakat ini, walaupun virus ini sentiasa bermutasi (kita pantau) sama ada mutasi yang terkini ini akan menyebabkan satu lonjakan kes dan kemasukan ke hospital," katanya.

Bagaimanapun Dr Noor Hisham berkata, kadar liputan vaksinasi yang tinggi juga tidak menunjukkan lonjakan kes walaupun pintu sempadan dan semua sektor sudah dibuka pada 1 April lalu.

"(Sebelum ini) kita menjangkakan akan ada lonjakan kes antara 20,000 hingga 25,000 setiap hari pada akhir Mei selepas Hari Raya Aidilfitri tetapi perkara ini tidak berlaku.

"Ini menunjukkan keberkesanan vaksinasi dan tindakan kesihatan awam dan sekarang ini kita juga ada ubat untuk rawatan berbeza berbanding dengan 2020 kerana ketika itu kita tidak ada vaksin, ubat anti virus yang mujarab dan kit ujian kendiri untuk mengesan kes positif dengan lebih cepat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dikesan-di-malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.115801 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list