CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 0

[Terengganu] Tak mahu 'berputih mata' kerugian akibat banjir lagi

[Copy link]
Post time 14-10-2022 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Tak mahu 'berputih mata' kerugian akibat banjir lagi



Ahmad Rabiul Zulkifli
[email protected]



Sabri, Mohd Dzul Faizal dan Zainal sedang menangkap ikan tilapia yang diternak untuk dijual dan dialihkan ditempat lain. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI




Hulu Terengganu: "Sebelum banjir, kami menjual semua ikan yang diternak dan hanya tinggal ikan-ikan yang kecil sahaja," kata Mohd Dzul Faizal Mazlan.

Mohd Dzul Faizal, 38, antara lima penternak ikan air tawar di Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong di sini yang mengalami kerugian lebih RM80,000 apabila 40 tan ikan yang diternak mati susulan banjir pada 27 Februari lalu.

Katanya, dia dan rakannya, Zainal Abidin Endut, 41, Mohamad Ridzwan Endut, 27, Mohd Faizal Endut, 32, dan Sabri Endut, 39, enggan kejadian hitam yang berlaku berulang semula akibat banjir secara tiba-tiba.

"Walaupun ramalan banjir pada November tetapi kami membuat persiapan lebih awal bagi menghadapinya kerana banjir boleh berlaku pada bila-bila masa.

"Jika sebelum ini banjir hanya berskala kecil dan tidak memudaratkan ternakan tetapi sekarang ia tidak boleh dijangka dan boleh mendatangkan kerugian besar kepada penternak.

"Oleh itu bermula akhir September, semua ikan tilapia, baung, patin dan keli yang diternak itu mula ditangkap dan dijual selain dialihkan di tempat lain," katanya ketika ditemui di sangkar ikan miliknya di sini, hari ini.

Zainal berkata, semua penternak di sepanjang Sungai Terengganu itu mengambil tindakan yang sama dalam menghadapi banjir yang bakal tiba.

"Selain menjual dan mengalihkan ikan ke tempat lain, penternak juga menambah jumlah ikatan sangkar dan pemberat sangkar atau sauh supaya ia tidak dihanyutkan oleh arus deras.

"Apabila hujan lebat berserta dengan fenomena air pasang besar, paras sungai Terengganu itu akan meningkat ke paras bahaya selain arusnya sangat deras.

"Jika penternak tidak mengambil inisiatif mengikat sangkar dengan ikatan yang lebih banyak pada pokok di daratan, sangkar itu boleh dihanyutkan air dengan mudah," katanya.

Sementara itu Sabri berkata, dia dan empat penternak mengambil masa lebih dua bulan untuk bangkit dan mula menternak semula selepas ditimpa ujian banjir pada Mac lalu.

"Kerugian yang dialami sangat teruk akibat banjir itu, oleh itu tidak mahu lagi kejadian yang sama berulang.

"Kami memang tidak boleh menghalang banjir dan fenomena air pasang besar itu daripada berlaku tetapi kami boleh berusaha dan bersiap sedia bagi menghadapinya," katanya.

Menurutnya, dia berharap kejadian banjir yang diramalkan berlaku dalam tempoh terdekat hanya berskala kecil dan tidak memberi kesan pada penternakan ikan air tawar di Sungai Terengganu.

"Kami berharap semua penternak ikan air tawar mengambil inisiatif yang sama bagi mengelakkan kerugian akibat banjir yang boleh berlaku pada secara tiba-tiba," katanya.


Disiarkan pada: Oktober 14, 2022 @ 11:04am



sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.971213 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list