CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Kelantan] Henti aktiviti sukan lasak rosakkan jalan perkampungan Orang Asli Gua Musang

[Copy link]
Post time 15-10-2022 09:54 AM | Show all posts |Read mode
GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli suku Temiar di beberapa perkampungan di sini termasuk Pos Balar, Pos Tohoi dan Pos Gob merayu supaya tiada lagi aktiviti sukan lasak kenderaan pacuan empat roda (4WD) diadakan di kawasan mereka menjelang musim tengkujuh ini.

Gesaan itu susulan aktiviti sukan lasak berkenaan menyebabkan jalan rosak teruk, sekali gus menyukarkan penduduk yang menaiki motosikal untuk keluar masuk ke kampung mereka.

Radi Uda, 51, dari Kampung Kajang berkata, jalan rosak menyebabkan kehidupan harian mereka terjejas terutama jika ingin keluar atau masuk ke kampung masing-masing.

"Jalan kami kini bermasalah akibat rosak teruk, jika orang kampung saja yang menggunakannya, ia tidak jadi (rosak) seperti ini. Apabila mereka (4WD) masuk untuk main (aktiviti sukan lasak) kami orang kampung yang terseksa.


"Bayangkan, dari kampung ini untuk keluar ke bandar Gua Musang saja memerlukan masa hampir 12 jam, jika keluar jam 8 pagi, jam 7 petang baru sampai," katanya.

Radi berkata, dia pernah mengambil masa lebih tiga jam untuk mendaki jalan tanah merah dan berbukit yang jaraknya hanya 100 meter dengan motosikal kerana jalan rosak teruk akibat hujan serta dilalui banyak kenderaan sukan lasak.



Jalan rosak menuju ke perkampungan Orang Asli di sekitar Pos Gob, akibat cuaca hujan dan aktiviti sukan lasak. - Foto BERNAMA

Osman Anjang, 46, dari Pos Balar pula berkata, aktiviti yang dilakukan peminat sukan lasak itu hanya mendatangkan kesusahan kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman untuk melakukan urusan harian.

"Orang luar jangan bersikap pentingkan diri, mereka seronok bermain kereta seperti itu sedangkan kami di sini berdepan risiko terutama jika berlaku situasi kecemasan," katanya.

Seorang lagi penduduk, John Busu, 36, mendakwa sejak September lalu, lebih lima kali dia terserempak dengan kenderaan 4WD yang menggunakan jalan di kawasan kampungnya bagi aktiviti sukan lasak.

Katanya, aktiviti seumpama itu tidak sepatutnya berlangsung di situ kerana itu saja laluan penduduk kampung untuk keluar masuk membeli barangan keperluan seperti susu, beras dan sebagainya.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu dalam kenyataannya memaklumkan penutupan sementara jalan ke Pos Gob bagi melancarkan kerja membaiki jalan serta pembinaan jambatan membabitkan penggunaan beberapa jentera berat.

Katanya, hanya pengguna motosikal dan 4WD bagi kes kecemasan saja dibenar melalui jajaran jalan itu yang ditutup buat sementara bermula dari simpang Pos Simpor sehingga ke Pos Gob. – BERNAMA


Radi menunjukan jalan yang rosak teruk sehingga menyukarkan masyarakat Orang Asli untuk keluar masuk ke perkampungan mereka di Kampung Kajang, Pos Gob. - NSTP/Paya Linda Yahya
https://www.bharian.com.my/berit ... ngan-orang-asli-gua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.316672 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list