CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Terengganu] 'Kalau saya mati anak-anak macam mana'

[Copy link]
Post time 16-10-2022 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: 'Arwah pernah menyatakan, 'kalau dia mati anak-anaknya macam mana, dan siapa yang akan jaga mereka', tak sangka apa yang diucapkan itu menjadi kenyataan hari ini," kata Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin, 44.

Muammar Ghadafi adalah abang kepada pemandu drag, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, yang maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok ketika menyertai perlumbaan Battle Of The King (BOTK) 2022 anjuran MUSC Motorsport di Litar Perlumbaan Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, di sini, hari ini.

Katanya, arwah adiknya beberapa kali berkongsi video berkaitan apa dilalui anak-anak yang kematian ibu bapa di Facebook miliknya.


Menurutnya, menerusi hantaran itu, arwah turut meluahkan kata-kata siapa yang akan menjaga dua anaknya sekiranya dia meninggal dunia.

Katanya, dia tidak menyangka kata-kata itu menjadi petanda awal arwah adiknya akan pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

Beliau yang juga mantan Presiden Majlis Belia Malaysia dan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia berkata, dia menerima berita mengenai kemalangan itu daripada rakan pasukan arwah sebelum bergegas ke Terengganu menerusi penerbangan dan tiba jam 5.30 petang.

Katanya, pada awalnya dia tidak terfikir kemalangan itu boleh menyebabkan kematian kerana penganjuran acara seperti itu dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.



MUAMMAR Ghadafi ditemui kenalan dan rakan arwah Muhammad Hafez di luar Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini. FOTO Zaid Salim.

"Tetapi sudah ajalnya... kami reda, memang sedih kerana pemergiannya tidak disangka. Apa yang berlaku adalah takdir dan ketentuan Ilahi, kami menerimanya dengan tabah.

"Di kesempatan ini juga saya mewakili keluarga memohon maaf bagi pihak arwah sekiranya sepanjang hayatnya arwah ada melakukan kesalahan sama ada dalam sedar atau sebaliknya," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Muammar Ghadafi berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya yang juga seorang pengusaha restoran di Bandaraya Ipoh, Perak, Khamis lalu sebelum arwah bertolak ke Terengganu bagi menyertai acara berkenaan.

Bercerita mengenai pembabitan arwah dalam dunia permotoran, beliau berkata, arwah adiknya sangat aktif dan sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia sukan permotoran.

"Dia (arwah) aktif (sukan permotoran) sebaik tamat persekolahan tingkatan lima sehingga kini.

"Arwah bukan sahaja aktif sebagai peserta tetapi dia turut terbabit dalam penganjuran sukan berkenaan di sekitar Perak," katanya.

Arwah anak ketiga daripada lima beradik meninggalkan isteri, Norhasyimah, 37, dan dua anak berusia 11 dan tujuh tahun.

Proses bedah siasat selesai jam 8.30 malam ini dan akan dibawa pulang ke Perak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Meru Raya, awal pagi esok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -macam-mana-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.134305 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list