CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

[Terengganu] Operasi pengosongan tangki septik di Pulau Perhentian tangani pencemaran

[Copy link]
Post time 16-10-2022 10:29 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail Pulau Perhentian. FOTO Bernama

Kuala Terengganu: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), akan menjalankan kerja pengosongan tangki septik di Pulau Perhentian, bagi menangani masalah pencemaran yang berkemungkinan daripada sisa kumbahan di pulau peranginan itu.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Wilayah SPAN Ir Mohd Jalaludin Sulaiman berkata, perkhidmatan yang merangkumi kerja-kerja nyahcerap cemar bagi kira-kira 500 premis termasuk pejabat agensi kerajaan, resort dan dan rumah inap itu, membabitkan kos sebanyak RM3 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

"Tinjauan yang dijalankan SPAN dan IWK mendapati beberapa lokasi di Pulau Perhentian (Kecil dan Besar) telah dikategorikan sebagai risiko besar dengan pencemaran tertumpu di 'Long Beach'.

"Persampelan dibuat ke atas sumber bekalan air dari operator bekalan air serta air telaga dan hasil persampelan mendapati terdapat bakteria Escherichia Coli (E-Coli) yang dikesan daripada sampel air telaga yang digunakan oleh peniaga makanan di sepanjang pantai.


"Tinjauan juga mendapati premis yang menggunakan tangki septik di Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil tidak pernah melakukan sebarang pengosongan tangki septik, atau rawatan kepada sisa kumbahan sebelum dilepaskan ke pantai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Jalaludin berkata, sisa kumbahan hendaklah dilupuskan dengan cara yang selamat supaya dapat mengelak berlakunya penyebaran penyakit bawaan air yang amat berbahaya kepada manusia.

Sehubungan itu beliau berkata, selaras dengan pewartaan Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) pada tahun lalu, yang mewajibkan penyelenggaraan dan pengosongan tangki septik secara berkala, kepada semua pemilik atau pengguna tangki septik, IWK akan mengembangkan perkhidmatan ke Pulau Perhentian untuk menguruskan penjadualan nyahenap cemar ke atas premis-premis yang menggunakan tangki septik individu, dengan mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pengguna.

"Kos bagi menjalankan kerja-kerja menyahenap cemar di pulau-pulau kecil seperti di sini adalah besar, kerana kedudukan pulau yang tidak mempunyai kemudahan moden bagi merawat enap cemar.

"Dengan persetujuan Kementerian Alam Sekitar dan Air, kos bagi membiayai perkhidmatan nyahenap cemar secara one- off ini akan ditanggung Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan khas.

"Namun, selepas ini ia akan menjadi tanggungjawab pemilik tangki septik, sebagaimana pemilik tangki septik di tempat lain, untuk membiayai kos perkhidmatan ini seperti mana pembayaran bil utiliti yang lain," katanya.

Sementara itu dalam kenyataan sama, Ketua Unit Perniagaan Nyahenap Cemar IWK Pauzi Mohamed berkata, IWK akan melaksanakan perkhidmatan pengosongan tangki septik secara berkala di pulau itu, mulai suku pertama tahun 2023 setelah menyiapkan kemudahan rawatan enap cemar.

Baru-baru ini dilaporkan sekumpulan 40 orang pelancong terdiri daripada 27 dewasa dan 13 kanak-kanak yang bercuti tiga malam ke Pulau Perhentian Kecil jatuh sakit, selepas berenang di perairan pulau itu.

Sebahagian daripada mereka dilaporkan mengalami cirit-birit serta demam panas sejurus selepas pulang, selain beberapa orang dimasukkan ke hospital, manakala seorang kanak-kanak berusia setahun disahkan menghidap kepialu dan dua lagi kanak-kanak mengalami keracunan darah.

Sebelum itu pada Jun lalu turut dilaporkan, enam sekawan mendakwa mereka mengalami keracunan makanan selepas berenang di perairan yang dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan yang tidak dirawat di Pulau Perhentian Kecil.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tangani-pencemaran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.112363 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list