View: 389|Reply: 0
|
[Terengganu]
'Saya maafkan, mahu selesaikan secara baik'
[Copy link]
|
|
Cermin kedai makan milik Mohamad, dipecahkan penyokong yang bergaduh dalam kejadian petang semalam. FOTO IHSAN MOHAMAD
Kuala Berang: "Syukur tiada siapa yang cedera akibat insiden itu," kata Mohamad, 34, yang mengalami kerugian selepas kedai makannya dirosakkan penyokong bola sepak di sini, semalam.
Menurutnya, ketika kejadian terdapat antara 30 ke 40 pelanggan termasuk kanak-kanak sedang makan di premisnya dan masing-masing terkejut apabila sebahagian penyokong berlari memasuki kedai.
Katanya, penyokong itu dikejar sebahagian penyokong lain hingga berlaku kekecohan.
"Ada penyokong yang memecahkan dinding cermin selepas pintu hadapan ditutup penyokong yang berlindung di dalam kedai.
"Syukurlah tiada yang cedera dan saya tidak berhasrat membuat laporan polis.
"Saya maafkan pelaku yang memecahkan cermin itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad berkata, dia juga sudah berbincang dengan penganjur perlawanan bola sepak berkenaan dan mahu menyelesaikan kes secara baik dan harmoni.
Dia menganggarkan kerugian dialami lebih RM3,000 serta berharap kejadian itu tidak berulang lagi.
Kedai makan Mohamad terletak berhadapan Padang Astaka Majlis Daerah Hulu Terengganu yang menjadi lokasi perlawanan antara Kampung Matang FC dan Bima FC, semalam.
Pergaduhan antara penyokong tercetus selepas perlawanan itu yang menyaksikan Kampung Matang FC menang 1-0 dan mara ke peringkat berikutnya bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... esaikan-secara-baik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|