View: 372|Reply: 0
|
[Terengganu]
Anak yatim piatu tekad ubah nasib keluarga
[Copy link]
|
|
Nurul Izzati menerima sumbangan zakat dari Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghafaar. FOTO IHSAN UMT
Kuala Nerus: "Jika ikutkan kemampuan saya tak mampu nak sambung belajar maklumlah kedua ibu bapa dah meninggal dunia sejak lebih 10 tahun lalu, " kata Nurul Izzati Norlia@Zulkifli.
Nurul Izzati, 20, antara penerima sumbangan zakat sempena Majlis Penyampaian Zakat Dermasiswa Al-Ikhlas di Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, Selasa lalu.
Katanya, dia juga mempunyai dua adik kembar yang berusia 17 tahun serta masih bersekolah dan kini menumpang teduh di rumah ibu saudara di Kampung Seberang Takir.
"Pada mulanya saya menolak tawaran sambung belajar kerana masalah kewangan selain ingin bekerja dan menjaga adik, bagaimanapun sebaik dikunjungi Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) UMT, semangat dan keyakinan untuk belajar kembali berkobar-kobar.
"Sumbangan dan bantuan yang diberikan PISM UMT sangat membantu dan memberi keyakinan kepada saya untuk sambung belajar dan ia peluang terbaik untuk saya mengubah nasib keluarga," kata penuntut program Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan), Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT dalam kenyataan media, baru-baru ini.
Menurutnya, dia bekerja sebagai pembantu kedai makan selain mengambil upah memperbaharui cukai jalan kenderaan untuk menampung perbelanjaan dia dan dua adiknya.
"Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga dan kepercayaan yang diberikan PISM UMT akan dimanfaatkan sebaik mungkin, " katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghafaar berkata, pihaknya sentiasa menitik berat nasib penuntut yang berstatus asnaf.
"Fasa pemulihan pandemik juga fasa yang sukar bagi golongan B40 dalam mengharungi cabaran kehidupan. Oleh itu, pelan pembangunan asnaf dirancang dan dilaksanakan dengan memperkenal program AsnafXChange, AsnafPLUS dan AsnafPro.
"Bagi pendaftaran pelajar baharu kali ini seramai 500 orang asnaf penuntut terpilih untuk menerima Dermasiswa Al-Ikhlas sebanyak RM500 seorang dan jumlah keseluruhannya ialah sebanyak RM250,000," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ubah-nasib-keluarga |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|