CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk Orang Asli Pos Pulat terima penempatan baharu

[Copy link]
Post time 19-10-2022 03:51 PM | Show all posts |Read mode

AB. Aziz Yusoff (kiri) bertanya khabar penduduk Orang Asli di Pos Pulat, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH




GUA MUSANG: Lebih 300 penduduk Orang Asli dari suku kaum Temiar di Pos Pulat di sini yang terlibat dengan projek pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri akan menerima penempatan baharu yang dilengkapi dengan kemudahan asas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff berkata, kerja-kerja penyediaan tapak untuk kampung baharu telah dilaksanakan bagi memastikan penduduk terlibat mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Menurutnya, rumah, sekolah dan ladang getah antara kemudahan yang akan disediakan oleh kerajaan kepada penduduk terlibat.

“Hampir 100 peratus penduduk bersetuju untuk berpindah ke penempatan baharu dan mereka juga akan dibayar elaun sara hidup sebanyak RM700 sebulan sepanjang ladang getah baharu mereka belum mendapat hasil.

“Sebelum Projek Hidroelektrik Nenggiri beroperasi pada tahun 2026, kita akan pindahkan penduduk Orang Asli ke penempatan baharu yang lebih selesa,” katanya kepada pemberita di Pos Pulat di sini hari ini.

Sementara itu, Bendahari Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Pulat, Ago Angah memberitahu, penduduk yang terlibat sudah bersedia untuk berpindah dan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, mengikut perbincangan dengan pihak TNB, penduduk Orang Asli akan memilih sendiri lokasi kampung.

“Kami berharap kampung baharu dengan infrastruktur yang lengkap dapat disiapkan segera. Kami bukan sahaja berkorban nyawa malah sanggup meninggalkan penempatan yang kami diami sejak turun temurun,” ujarnya.

Mila Ajis, 32, pula memberitahu, walaupun berat untuk meninggalkan Pos Pulat, mereka akur dan sudah mengetahui perkara tersebut.

“Kami memang rasa berat hati mahu berpindah ke tempat baharu kerana di sini banyak kebun, haiwan ternakan dan sekolah.

“Kita mahu kerajaan menyediakan jalan tar, kemudahan elektrik, bekalan air dan sekolah. Kemudahan itu adalah sebagai pampasan kerana kami telah berkorban untuk meninggalkan kampung,” katanya.

Projek Hidroelektrik Nenggiri yang menelan kos RM5 billion bakal memberi manfaat besar terhadap pembangunan negeri Kelantan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, projek yang dijangka siap pada 2026 itu juga akan membentuk Tasik Takungan Utama seluas 53.84 kilometer persegi dan Kolam Pengaturan Aliran seluas 0.97 kilometer persegi serta akan menjadi tebatan banjir kepada penduduk yang berada di hilir sungai. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -penempatan-baharu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052453 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list