View: 449|Reply: 0
|
[Terengganu]
Pekerja kilang direman bantu penipuan lembu korban
[Copy link]
|
|
Suspek (kanan) direman empat hari bagi membantu siasatan kes menipu lembu korban di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.
KEMAMAN – Seorang pekerja kilang ditahan reman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes penipuan urusan pembelian ternakan lembu untuk ibadah korban pada lima bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 25 tahun tersebut ditahan polis di Shah Alam, Selangor pada pukul 10 malam semalam.
“Setakat ini, empat aduan yang mendakwa menjadi mangsa penipuan suspek telah diterima.
“Mereka yang merupakan penduduk tempatan mendakwa ditawarkan lembu bagi ibadah korban dengan harga lebih murah daripada pasaran,” katanya di sini hari ini.
Hanyan berkata, bagi menyakinkan mangsa-mangsa, suspek dikatakan telah menghantar gambar haiwan ternakan selain membawa sebahagian pembeli ke kandang lembu kononnya miliknya di Kampung Mak Chili di sini.
Tambah beliau, mangsa yang mempercayai telah membuat bayaran penuh namun tidak menerima lembu dijanjikan sehinggakan gagal melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.
“Suspek kemudiannya memberi pelbagai alasan dan berjanji membayar ganti rugi namun bertindak menghilangkan diri.
“Saya menasihatkan mangsa-mangsa suspek yang lain agar tampil membuat laporan polis segera bagi membantu siasatan,” katanya.
Hanyan berkata, kerugian keseluruhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... ipuan-lembu-korban/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|