CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 483|Reply: 0

[Terengganu] Dua bot nelayan Vietnam ditahan, ceroboh perairan negara

[Copy link]
Post time 23-10-2022 02:23 PM | Show all posts |Read mode
BOT nelayan Vietnam yang ditahan APMM kerana menceroboh dan mencuri hasil laut negara. FOTO ihsan APMM


Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan dua bot nelayan Vietnam yang menceroboh dan mencuri hasil laut negara membabitkan rampasan bernilai RM1 juta.

Kedua-dua bot itu ditahan APMM dalam rondaan Op Kuda Laut dan Op Naga Barat pada jarak 44.5 batu nautika dari Kuala Terengganu jam 4.30 petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, kedua-dua bot ditahan ketika bertambat di antara satu sama lain.


Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot itu dikendalikan 12 kru termasuk tekong warga Vietnam berusia antara 21 hingga 63 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Tekong kedua-dua bot juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran sah dan disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.

"Dua bot bersama 12 kru serta hasil tangkapan yang dianggarkan bernilai RM1 juta dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Vesel Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... boh-perairan-negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.036133 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list