CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 451|Reply: 0

[Kelantan] Bekalan telur ayam berkurang sejak bulan lalu

[Copy link]
Post time 24-10-2022 04:19 PM | Show all posts |Read mode

NUR Alia memeriksa bekalan telur untuk dijual kepada pelanggannya di Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Penduduk di Kelantan merintih apabila mendakwa sukar untuk mendapatkan bekalan telur ayam sejak bulan lalu.

Mereka mendakwa, setiap kali berkunjung ke kedai runcit atau pemborong, bekalan telur ayam sudah kehabisan kerana peniaga mendakwa bekalan tidak mencukupi.

Tinjauan di beberapa kedai runcit di sini juga mendapati bekalan telur ayam berkurangan dengan ada premis kehabisan langsung, manakala yang ada pun hanya sedikit.


Harga yang dijual oleh kedai runcit RM1 untuk tiga biji, manakala RM13 hingga RM14.50 untuk sepapan.

Penduduk, Faridah Omar, 49, berkata, masalah itu ketara sejak beberapa minggu lalu dan sekiranya bernasib baik dan keluar membeli lebih awal.

"Namun, sejak lebih seminggu lalu bekalan telur ayam sudah terputus dan tidak dapat membelinya. Setiap kali ke kedai runcit, bekalan telur sudah kehabisan.

"Saya berharap pihak tertentu mengambil tindakan sewajarnya supaya bekalan telur ayam kembali pulih," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Halim Malik, 34, juga menyuarakan perkara sama apabila mendakwa sukar untuk mendapatkan bekalan telur ayam.

"Seperti saya yang mempunyai ahli keluarga ramai di rumah, sudah tentu telur ayam menjadi satu keperluan kerana ia lebih jimat jika dibandingkan dengan lauk lain," katanya.

Sementara itu, peniaga kedai runcit, Zuraini Mohamad, 40, berkata, bekalan telur sukar diperoleh sejak awal bulan lalu.

Katanya, sehingga kini dia sendiri tidak mengetahui punca masalah kekurangan bekalan berkenaan kerana orang tengah yang menghantar stok telur juga tidak mengetahuinya.

"Bekalan telur yang saya peroleh hanya sedikit sahaja. Itu pun saya terpaksa menjual secara mencatu kerana kesiankan pembeli.

"Saya menetapkan setiap pembeli hanya boleh membeli maksimum RM6 sahaja supaya setiap orang kampung dalam membelinya walaupun sedikit," katanya yang menjual di Jalan Perdana Resort di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-sejak-bulan-lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.061568 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list